Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, perbezaan malam dan siang, itu semua adalah
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mempunyai pemikiran yakni
suka menggunakan akal fikirannya, iaitu orang-orang yang suka berzikir kepada
Allah, baik sedang berdiri, duduk ataupun ketika berbaring pada lambung-lambung
mereka."
(ali-lmran:
190)
1441.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu berzikir kepada Allah dalam segala keadaannya."
(Riwayat
Muslim)
1442.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Andaikata
seseorang di antara engkau semua itu ketika mendatangi isterinya yakni hendak
bersetubuh dengannya lalu mengucapkan dulu: Bismillah Allahumma jannibnasy
syaithana wa jannibisy syaithana ma razaqtana yang bererti : Dengan nama Allah,
ya Allah, jauhkanlah syaitan dari kita dan jauhkan pula syaitan itu dari anak
yang akan Engkau rezekikan pada kita, kemudian ditakdirkan akan ada seorang
anak di antara kedua suami-isteri itu, tentulah syaitan tidak akan dapat
membuat bahaya pada anak itu."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan