Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Allah
mewajibkan atas semua manusia melakukan ibadat haji Baitullah, iaitu kepada
orang yang kuasa mengadakan perjalanan ke situ. Barangsiapa yang kafir,
maka sesungguhnya Allah itu Maha kaya yakni tidak memerlukan dari alam semesta."
(ali-lmran:
97)
1268.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, bahawasanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Islam
didirikan atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa dalam bulan Ramadan."
(Muttafaq
‘alaih)
1269.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah
kepada kita lalu bersabda:
Yang
Bermaksud : "Hai
sekalian manusia, sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu semua akan beribadat
haji, maka kerjakanlah ibadat haji itu." Kemudian ada seorang lelaki
bertanya: "Apakah itu untuk setiap tahun, ya Rasulullah?" Beliau
s.a.w. berdiam saja yakni tidak menjawab pertanyaannya tadi kemudian orang itu
menanyakannya sampai tiga kali. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Jikalau
saya menjawab: "Ya," nescayalah beribadat haji akan menjadi wajib
setiap tahun sekali, dan tentu engkau semua tidak akan kuasa mengerjakannya."
Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Tinggalkanlah aku yakni janganlah
menanyakan padaku apa-apa yang saya tinggalkan untukmu semua yakni apa-apa yang
tidak saya sebutkan. Hanyasanya yang menyebabkan rosaknya orang-orang yang
sebelummu semua itu ialah kerana mereka terlampau banyak bertanya dan sentiasa
menyalahi pada Nabi-nabi mereka. Maka dari itu, apabila saya memerintahkan
kepadanmu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah itu sekuat tenaga yang ada
padamu semua dan jikalau saya melarang engkau semua dari sesuatu perkara, maka
tinggalkanlah itu."
(Riwayat
Muslim)
1270.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. ditanya: "Amalan manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Beriman kepada Allah dan RasulNya." Ditanya lagi:
"Kemudian apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Jihad
fi-sabilillah." Ditanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Haji yang mabrur."
(Muttafaq
'alaih)
Mabrur ertinya ialah orang yang
mengerjakan haji itu tidak melakukan sesuatu kemaksiatan di dalamnya.
1271.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
mengerjakan haji, lalu ia tidak berbuat kelalaian dan tidak pula mengerjakan
dosa yakni kemaksiatan besar atau yang kecil tetapi berulang kali, maka ia akan
kembali dari ibadat hajinya itu sebagaimana pada hari ia dilahirkan oleh
ibunya-yakni tidak ada dosa dalam dirinya sama sekali."
(Muttafaq
'alaih)
1272.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Umrah
ke umrah yang berikutnya adalah menjadi penutup dosa dalam waktu antara dua
kali umrahan itu, sedang haji mabrur (lihat keterangannya dalam Hadis
1270), maka
tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga."
(Muttafaq
'alaih)
1273.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
berkata: "Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah seutama-utama
amalan. Maka dari itu, apakah kita kaum wanita tidak baik mengikuti
jihad?" Beliau s.a.w. lalu menjawab: "Bagi engkau semua kaum wanita,
maka sebaik-baiknya jihad ialah mengerjakan haji yang mabrur." (lihat Hadis no. 1270
tentang erti mabrur).
(Riwayat
Bukhari)
1274.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
suatu haripun yang di situ Allah lebih banyak memerdekakan hambaNya dari siksa
api neraka daripada hari Arafah."
(Riwayat
Muslim)
1275.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Mengerjakan
umrah dalam bulan Ramadan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali
haji beserta saya."
(Muttafaq
'alaih)
1276.
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula bahawasanya ada seorang wanita berkata:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya kewajipan dari Allah atas sekalian
hamba-hambaNya yang berhubungan dengan ibadat haji itu telah menemui ayahku dan
beliau sudah menjadi seorang tua yang lanjut usianya, juga tidak dapat menetap
untuk duduk dalam kenderaan maksudnya "Tidak kuat mengadakan perjalanan.
Maka apakah boleh saya mengerjakan haji untuknya yakni saya yang beribadat
haji, sedang pahalanya ayah yang memiliki." Beliau s.a.w. menjawab: "Ya,
boleh."
(Muttafaq
'alaih)
1277.
Daripada Laqith bin 'Amir r.a. bahawasanya ia mendatangi Nabi s.a.w., lalu
berkata:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
ayahku itu seorang yang sudah tua lagi lanjut usianya. la tidak dapat
mengerjakan haji dan tidak dapat melakukan umrah serta tidak kuasa bepergian,
bagaimanakah itu?" Beliau s.a.w. bersabda: "Beribadat hajilah untuk
ayahmu itu serta berumrah pulalah!"
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1278. Daripada
as-Saib bin Yazid r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
diikutkan untuk beribadat haji beserta Rasulullah s.a.w. dalam haji wada' haji
Nabi s.a.w. yang terakhir sebagai mohon diri dan saya di waktu itu
berusia tujuh tahun."
(Riwayat
Bukhari)
1279.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bertemu sekelompok para
penaik kenderaan di Rawha', lalu beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah
kaum yakni orang-orang ini?" Mereka menjawab: "Kita
kaum Muslimin." Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Saya Rasulullah." Kemudian ada
seorang wanita yang mengangkat seorang anak bayi lalu bertanya: "Apakah
anak ini boleh beribadat haji maksudnya: Kalau beribadat haji, apakah sudah
dapat pahala." Rasulullah s.a.w. lalu menjawab: "Ya
dan untukmu yakni untuk orangtuanya juga ada pahalanya."
(Riwayat
Muslim)
1280.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. beribadat haji di atas kenderaan dan itu
adaiah unta muatan milik beliau." *
(Riwayat Bukhari)
* Zamilah
adalah unta yang digunakan untuk membawa beban atau muatan, jadi bukan untuk
perahan, sembelihan dan Iain-Iain. Pada umumnya yang digunakan untuk membawa
beban itupun digunakan pula untuk kenaikan orang, sebagaimana yang dilakukan
oleh Nabi s.a.w. yang diceritakan dalam Hadis di atas.
1281.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Ukadz,
Mijannah dan Zulmajaz adalah merupakan pasar-pasar di zaman Jahiliah, lalu
orang-orang sama merasa akan memperoleh dosa jikalau berdagang pada musim-musim
pasaran itu, kemudian turunlah ayat yang ertinya: "Tidak ada dosanya atas
engkau semua jikalau engkau semua mencari keutamaan rezeki dari Tuhanmu
semua," yakni
dalam musim-musim haji.
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan