Allah Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Dan kebaikan apa saja yang engkau semua
lakukan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui dengannya."
(al-Baqarah:
215)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Hai kaumKu, penuhilah takaran dan timbangan
dengan adil dan janganlah engkau semua mengurangi para manusia itu akan
barang-barangnya."
(Hud: 85)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Celaka atau Neraka Wail bagi orang-orang yang
mengurangi timbangan atau takaran. Jikalau mereka itu menimbang menakar
daripada manusia untuk dirinya sendiri, maka mereka mencukupinya, tetapi
jikalau mereka menakarkan atau menimbangkan untuk orang-orang itu, maka mereka
mengurangi. Tidakkah mereka itu mengira bahawasanya mereka akan dibangkitkan
dari kubur setelah mati untuk menghadapi hari yang agung iaitu hari kiamat.
Pada hari itu semua manusia berdiri menghadap kepada Tuhan yang menguasai alam
semesta ini."
(al-Muthaffifin:
1)
1364.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki datang kepada Nabi
s.a.w. untuk menagih hutang yang dipinjam oleh beliau s.a.w. itu, lalu orang
itu berkeras bicara pada beliau. Para sahabat bermaksud hendak membalas
kekasaran orang itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia berhak
demikian, sebab seseorang yang mempunyai hak itu berhak pula mengeluarkan
pembicaraan." Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Berikanlah pada
orang itu unta yang sebaya dengan unta yang dahulu dipinjam daripadanya."
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita tidak mendapatkan yakni
tidak memiliki melainkan unta yang lebih tua dari unta yang dipinjam
dulu." Beliau s.a.w. bersabda: "Berikan sajalah itu, sebab
sesungguhnya yang terbaik di antara engkau semua ialah yang terbagus pula cara
mengembalikan pinjamannya," yakni memberikan pada waktunya yang ditentukan
dan memberikan kelebihan sebagai hadiah."
(Muttafaq
'alaih)
1365.
Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang
bermurah hati ketika menjual, juga ketika membeli dan pula ketika meminta
haknya yakni menagih hutang."
(Riwayat
Bukhari)
1366.
Daripada Abu Qatadah r.a., katanya: "Saya mendengar s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang menyenangkan hatinya,
jikalau Allah menyelamatkannya dari beberapa kesusahan pada hari kiamat, maka
hendaklah memberi waktu untuk mengembalikan hutang kepada orang yang dalam
keadaan kekurangan, yakni orang miskin atau sama sekali menghapuskan hutangnya
itu."
(Riwayat
Muslim)
1367.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ada seorang lelaki dari umat sebelum
Nabi s.a.w. - suka sekali memberikan hutang kepada orang banyak, ia berkata
kepada bujangnya: "Jikalau engkau mendatangi seorang yang dalam kekurangan
dan mempunyai tanggungan hutang, maka bebaskan sajalah hutang itu daripadanya,
mudah-mudahan Allah akan membebaskan dosa dari diri kita. Orang itu lalu
menemui Allah yakni meninggal dunia, kemudian Allah membebaskan dosanya."
(Muttafaq
'alaih)
1368.
Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ada seseorang dari golongan umat yang sebelum
engkau semua dihisab, ia tidak mempunyai sesuatu kebaikanpun, melainkan ia suka
mempergauli orang banyak yakni bergaul dalam perjual-belian dan orang itu
adalah kaya sekali. la menyuruh bujang-bujangnya supaya membebaskan hutang dari
orang yang dalam keadaan kekurangan. Allah 'Azzawajalla lalu berfirman:
"Kami (Allah) adalah lebih berhak untuk berbuat sedemikian itu,
maka hai Malaikat: "Bebaskaniah dosa-dosa orang itu."
(Riwayat
Muslim)
1369.
Daripada Hudzaifah r.a., katanya: "Allah mendatangkan seseorang hamba dari
sekian banyak hamba-hambaNya ini, ia telah dikurniai oleh Allah akan harta,
lalu Allah berfirman padanya: "Apakah yang engkau lakukan di dunia?"
Hudzaifah berkata: "Orang-orang di akhirat itu tidak ada yang dapat
menyimpan sesuatu pembicaraanpun di hadapan Allah."
Orang itu berkata: "Ya Tuhanku, Engkau telah mengurniakan harta
padaku, saya lalu berjualan kepada orang banyak dan sudah menjadi watak saya
iaitu bersabar kepada orang yang kekurangan kalau memberikan hutangnya, lagi
pula suka menerima berapa saja yang mereka berikan sebagai cicilan. Jadi saya
memberikan kelonggaran kepada orang kaya dan memberikan tangguhan waktu kepada
orang yang kekurangan." Allah Taala lalu berfirman: "Aku lebih berhak
berbuat sedemikian itu daripadamu. Hai Malaikat: "Bebaskaniah dosa hambaKu
ini."
'Uqbah bin 'Amir dan Abu Mas'ud al-Anshari radhiallahu 'anhuma berkata:
"Demikian itulah yang kita dengarkan sendiri dari mulut Rasulullah
s.a.w."
(Riwayat
Muslim)
1370.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang memberikan tangguhan waktu
kepada orang yang dalam kekurangan untuk mengembalikan hutangnya ataupun sama
membebaskan hutangnya itu, maka Allah akan memberikan naungan padanya pada hari
kiamat di bawah naungan 'arasy Nya pada hari tiada naungan, melainkan naungan
Allah sendiri."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1371.
Daripada Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. membeli daripadanya seekor unta, lalu memberikan
harganya dan beliau s.a.w. memberikan kelebihan, yakni dari harga yang
ditentukan dalam akad berjual-beli itu, masih diberi tambahan lagi.
(Muttafaq
'alaih)
1372.
Daripada Abu Shafwan iaitu Suwaid bin Qais r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya mengambil berbagai pakaian bersama
Makhramah al-'Abdi dari Hajar untuk diperdagangkan. Kemudian beliau
s.a.w. membeli beberapa celana kepada kita dengan harga mahal. Saya mempunyai
seorang penimbang yang menimbang banyaknya wang upah yakni harganya." Nabi
s.a.w. berkata kepada penimbang itu: "Timbanglah dan lebihkanlah timbangan
harganya itu."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis hasan shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan