Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Dan katakanlah: "Ya Tuhanku,
tambahkanlah ilmuku."
(Thaha:
114)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Katakanlah: "Apakah sama antara
orang-orang yang mengetahui yakni berilmu dengan orang-orang yang tidak
mengetahui yakni tidak berilmu."
(az-Zumar:
9)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman
dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa
darjat."
(al-Mujadalah:
11)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Hanyasanya yang takut kepada Allah dari
kalangan hamba-hambaNya itu ialah para alim-ulama."
1373.
Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk
memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal
keagamaan."
(Muttafaq
'alaih)
1374.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada kehasudan yang dibolehkan melainkan
dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah akan harta,
kemudian ia mempergunakan untuk menafkahkannya itu guna apa-apa yang hak
(kebenaran) dan seseorang yang dikurniai ilmu pengetahuan oleh Allah, kemudian
ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua golongan
yang berselisih serta mengajarkan ilmunya itu pula."
(Muttafaq
'alaih)
Ertinya
ialah bahawa seseorang itu tidak patut dihasudi atau diiri kecuali dalam salah
satu dari kedua perkara di atas itu untuk ditiru dan diamalkan seperti orang
tersebut.
Yang
dimaksudkan dengan Alhasad ialah ghibthah iaitu
mengharapkan seperti yang ada pada orang lain.
1375.
Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang
dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi.
Di antara bumi itu ada bahagian yang baik, iaitu dapat menerima air, kemudian
dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, menahan masuknya
air dan selanjutnya dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan
kemanfaatan kepada para manusia, kerana mereka dapat minum daripadanya, dapat
menyiram dan bercucuk tanam. Ada pula hujan itu mengenai bahagian bumi yang
lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bahagian bumi ini
tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi
yang sedemikian itu adalah contohnya orang pandai dalam agama Allah dan
petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan
kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya mempelajarinya,
kemudian mengajarkannya yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau
dapat menahan air, dan itu puIalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat
kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima
petunjuk Allah yang dengannya itu saya dirasulkan ini contohnya bumi yang rata
serta licin."
(Muttafaq
'alaih)
1376.
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali r.a.:
Yang
Bermaksud : "Demi Allah, nescayalah andaikata Allah
memberikan petunjuk kepada seseorang lelaki dengan perantaraan usahamu, maka
hal itu adalah lebih baik daripada unta-unta yang merah-merah," sebagai kiasan hartabenda yang
paling dicintai oleh bangsa Arab.
(Muttafaq
'alaih)
1377.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi
s.a.w. bersaba:
Yang
Bermaksud : "Sampaikanlah kepada orang lain ajaran yang
berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat belaka. Percakapkanlah tentang kaum
Bani Israil yakni kaum Yahudi dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa
yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat
duduknya dari neraka."
(Riwayat
Bukhari)
1378.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk
mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu
jalan untuk menuju ke syurga."
(Riwayat
Muslim)
1379.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk
yakni kebenaran, maka baginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang
mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu."
(Riwayat
Muslim)
1380.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apabila anak Adam yakni manusia meninggal
dunia, maka putuslah amalannya yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi,
melainkan dari tiga macam perkara, iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat
diambil kemanfaatannya atau anak yang soleh yang suka mendoakan untuknya."
(Riwayat
Muslim)
1381.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula
apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang
menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa itu adalah Hadis hasan.
Sabda
Nabi s.a.w.: "Wa maa walah" ertinya: Dan apa-apa
yang menyamainya, ialah taat atau melakukan ketaatan kepada Allah Taala.
1382.
Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka
ia dianggap sebagai orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1383.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Tiada sekali-kali akan kenyanglah seseorang
mukmin itu dari kebaikan, sehingga penghabisannya nanti adalah syurga."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1384.
Daripada Abu Umamah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Keutamaan orang alim atas orang yang
beribadat ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah di antara engkau
semua." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah
dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaipun semut yang
ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu, nescayalah semua itu
menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada
para manusia."
Adapun
yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu
diberi kerahmatan oleh Allah.
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1385.
Daripada Abuddarda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari
sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu
jalan untuk menuju syurga dan sesungguhnya para malaikat itu nescayalah
meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana redha
sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Sesungguhnya orang alim itu
nescayalah dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan
penghuni-penghuni di bumi, sampaipun ikan-ikan yu yang ada di dalam air.
Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat itu adalah seperti keutamaan
bulan atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para alim ulama adalah
pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi itu tidak mewariskan dinar ataupun
dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil
ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."
(Riwayat
Abu Daud dan Termidzi)
1386.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang yang
mendengarkan sesuatu ucapan dari kami yakni dari Nabi s.a.w. lalu ia
menyampaikannya sebagaimana yang didengar olehnya. Maka banyak sekali orang
yang diberi berita itu lebih dapat mengingat-ingat yakni lebih
memperhatikan daripada orang yang mendengarnya sendiri?"
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1387.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu
ilmu, lalu ia menyimpannya yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka ia
akan diberi kendali di mulutnya esok pada hari kiamat dengan kendali dari
neraka."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.
1388.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu
pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari
keredhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain
maksudnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang
yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari
kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya.
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1389.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu
pengetahuan dengan sekaligus pencabutan yang dicabutnya dari para manusia,
tetapi Allah mencabut ruhnya para alim-ulama, sehingga apabila tidak
ditinggalkannya lagi seorang alimpun di dunia ini, maka orang-orang banyak akan
mengangkat para pemimpin atau kepala-kepala pemerintahan yang bodoh-bodoh.
Mereka para pemimpin dan kepala itu ditanya, lalu memberikan keterangan fatwa
dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu
semuanya sesat dan pula menyesatkan orang lain."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan