1243.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Seutama-utama
berpuasa sesudah bulan Ramadan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan yakni
Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat wajib ialah shaliatullail yakni
solat sunnah di waktu malam."
(Riwayat
Muslim)
1244.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Tidak
pernah Nabi s.a.w. itu berpuasa dari sesuatu bulan lebih banyak daripada
Syaaban, kerana beliau s.a.w. itu berpuasa dalam bulan Syaaban itu
seluruhnya." Dalam suatu riwayat disebutkan: "Beliau s.a.w. itu
berpuasa dalam bulan Syaaban, melainkan sedikit sekali yang tidak yakni
sebahagian besar dalam bulan ini dipuasai."
(Muttafaq
'alaih)
1245.
Daripada Mujibah al-Bahiliyah dari ayahnya atau dari pakciknya yakni saudara
lelaki dari ayahnya, bahawasanya ia ayah atau pakciknya itu mendatangi Rasulullah s.a.w.
kemudian pergi lagi. Selanjutnya ia mendatangi Rasulullah s.a.w. lagi sesudah
setahun, tetapi hal-ihwal serta keadaan tubuhnya telah berubah. la lalu
berkata: "Ya Rasulullah, apakah Tuan tidak mengenal lagi kepada
saya?" Beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah
engkau?" la menjawab: "Saya adalah al-Bahili yang
datang pada Tuan tahun yang lalu." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Apakah
yang menyebabkan perubahan dirimu, padahal engkau dahulu baik sekali keadaan
tubuhmu?" la menjawab: "Saya tidak pernah makan sesuatu
makanan sejak saya berpisah dengan Tuan dahulu, melainkan di waktu malam.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu, engkau telah
menyiksa dirimu sendiri," kemudian beliau s.a.w. melanjutkan
sabdanya: "Berpuasalah dalam bulan Shabar yakni bulan Ramadan dan
sehari saja dalam setiap bulan lainnya." la berkata: "Tambahkanlah
itu untuk saya, sebab sesungguhnya saya masih ada kekuatan lebih dari
itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Berpuasalah dua
hari." la berkata: "Tambahkanlah!" Beliau
s.a.w. bersabda: "Berpuasalah tiga hari." la
berkata: "Tambahkanlah!" Beliau s.a.w. bersabda: "Berpuasalah
bulan-bulan mulia iaitu Rajab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharam dan
tinggalkanlah, berpuasalah dari bulan-bulan mulia dan tinggalkanlah,
berpuasalah dari bulan-bulan mulia dan tinggalkanlah." Beliau
s.a.w. bersabda demikian dengan menunjukkan tiga buah jari-jarinya lalu
mengumpulkannya dan kemudian membukanya maksudnya tiga hari puasa lalu tiga
hari tidak dan demikian seterusnya.”
(Riwayat
Abu Daud)
Syahrush
shabri atau
bulan Shabar yakni bulan Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan