Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 23 Jun 2013

Bab 227 Keutamaan Berpuasa Pada Hari Arafah, 'Asyura Dan Tasu'a



1247. Daripada Abu Qatadah r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah yaitu tanggal 9 Zulhijah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang."
(Riwayat Muslim)

1248. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura iaitu tanggal 10 bulan Muharam dan memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada hari itu pula. 
(Muttafaq 'alaih)

1249. Daripada Abu Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari 'Asyura  tanggal 10 Muharam, Beliau s.a.w. lalu bersabda: 

Yang Bermaksud : "Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau." 
(Riwayat Muslim)

1250. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Nescayalah jikalau saya masih tetap hidup sampai tahun muka, tentulah saya akan berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharam yakni Tasu'a." 

(Riwayat Muslim)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan