Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 24 Jun 2013

Bab 236 Keutamaan Memerdekakan Hambasahaya




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Tetapi ia manusia itu tidak berusaha menempuh jalan mendaki. Dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti, apa jalan mendaki itu? Iaitu memerdekakan hambasahaya," sampai selesainya ayat. 
(al-Balad: 11-13)

1355. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang memerdekakan seorang hambasahaya yang Muslim, maka Allah akan memerdekakan dengan setiap anggota orang yang ia merdekakan itu akan anggotanya sendiri dari api neraka, sehingga kemaluannya orang memerdekakan tadi dihindarkan dari neraka dengan sebab ia memerdekakan hambasahaya tadi."
 (Muttafaq 'alaih)

1356. Daripada Abu Zar r.a,, katanya: "Saya berkata: 

Yang Bermaksud : "Ya Rasulullah, amalan manakah yang lebih utama" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad fisabilillah." Abu Zar berkata: "Saya lalu bertanya lagi: "Hambasahaya manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu yang dianggap terbaik oleh pemiliknya dan termahal harganya." 

(Muttafaq 'alaih)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan