Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Dan perangilah kaum
musyrikin itu seluruhnya sebagaimana mereka memerangi engkau semua seluruhnya
pula dan ketahuilah bahawasanya Allah itu beserta orang-orang yang
bertakwa."
(at-Taubah:
36)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Diwajibkan
padamu sekalian berperang, sedang perang itu suatu hal yang dibenci olehmu
semua dan barangkali engkau semua membenci sesuatu, padahal ia adalah lebih
baik untukmu semua, juga barangkali engkau semua senang pada sesuatu, padahal
ia adalah lebih buruk untukmu semua. Allah adalah Maha Mengetahui, sedangkan
engkau semua tidak mengetahui."
(al-Baqarah:
216)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Berangkatlah
engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta
dan dirimu semua fisabilillah."
(at-Taubah:
41)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya Allah telah membeli diri
dan harta orang-orang yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka,
mereka berperang fisabilillah, sebab itu mereka dapat membunuh dan dibunuh,
menurut janji yang sebenarnya dari Allah yang disebutkan dalam Taurat, Injil
dan al-Quran. Siapakah yang lebih dapat memenuhi janjinya daripada Allah? Oleh
sebab itu, bergembiralah engkau semua dengan perjanjian yang telah engkau semua
perbuat dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar."
(at-Taubah:
111)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Tidaklah
sama antara orang-orang yang duduk-duduk di rumah yakni tidak mengikuti
peperangan dari golongan kaum mukminin yang bukan kerana keuzuran, dengan
orang-orang yang berjihad fisabilillah dengan harta-harta dan dirinya. Allah
melebihkan tingkatan orang-orang yang berjihad dengan harta-harta dan dirinya
itu daripada orang-orang yang duduk-duduk tadi Kepada masing-masing dari kedua
golongan itu, Allah telah menjanjikan kebaikan dan Allah lebih mengutamakan
orang-orang yang berjihad daripada orang-orang yang duduk-duduk dengan pahala
yang besar, iaitu berupa darjat-darjat yang tinggi, juga pengampunan dan kerahmatan
daripadaNya dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(an-Nisa': 95-96)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Hai
sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua
akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang
menyakitkan? Iaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan
pula berjihad fisabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian
itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui. Allah
juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam
syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula
beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn kesenangan yang kekal dan
yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar. Ada pula
pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang beriman."
(as-Shaf:
10-13)
Ayat-ayat
dalam bab ini amat banyak sekali dan masyhur-masyhur.
Adapun
Hadis-hadis yang menguraikan keutamaan jihad ini lebih banyak untuk dapat
diringkaskan; di antara Hadis-hadis itu ialah:
1282.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. ditanya: "Amalan apakah yang lebih Utama?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Beriman kepada Allah dan RasulNya." Beliau s.a.w. ditanya
lagi: "Kemudian amalan apakah?" Beliau menjawab: "Iaitu jihad
fisabilillah." Beliau s.a.w. ditanya lagi: "Kemudian amalan
apakah?" Beliau menjawab: "Iaitu haji yang mabrur." (lihat Hadis no. 1270 perihal
erti mabrur).
(Muttafaq
'alaih)
1283.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, amalan manakah yang lebih dicintai oleh Allah Taala?" Beliau s.a.w. menjawab: "Solat
tepat pada waktunya." Saya bertanya lagi: "Kemudian
amalan apakah?" Beliau menjawab: "Iaitu berbakti
kepada kedua orangtua." Saya bertanya lagi: "Kemudian
amalan apakah?" Beliau menjawab: "Iaitu jihad
fisabilillah."
(Muttafaq
'alaih)
1284,
Daripada Abu Zar r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
berkata: "Ya Rasulullah, amalan apakah yang lebih utama?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Iaitu beriman kepada Allah dan berjihad fi-sabilillah."
(Muttafaq
'alaih)
1285.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Nescayalah
sekali berangkat untuk berperang fisabilillah, di waktu pagi ataupun petang itu
adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan segala apa yang ada di dalamnya
ini yakni dari hartabenda di dunia dan seisinya ini."
(Muttafaq
'alaih)
1286.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Manusia
manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu
orang mukmin yang berjihad fisabilillah dengan diri dan hartanya." la
bertanya lagi: "Kemudian siapakah?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Iaitu orang mukmin yang memencilkan dirinya dalam suatu
jalanan di gunung maksudnya suatu tempat di antara dua gunung yang dapat
digunakan sebagai kediaman dari beberapa tempat di gunung, untuk menyembah
kepada Allah dan meninggalkan para manusia dari keburukannya diri
sendiri," jadi mengasingkan diri dari orang banyak sehingga tidak akan
sampailah keburukannya diri sendiri itu kepada orang-orang banyak tadi."
(Muttafaq
'alaih)
1287.
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Bertahan
yakni tetap berdiam di dalam posnya bagi tentera selama sehari fisabilillah
adalah lebih baik daripada dunia dan segala sesuatu yang ada di atasnya. Tempat
cemeti seseorang di antara engkau semua dari syurga itu lebih baik daripada
dunia dan segala sesuatu yang ada di atasnya. Juga sekali berangkat yang
dilakukan oleh seseorang hamba untuk berperang fisabilillah, baik di waktu pagi
ataupun petang, adalah lebih baik daripada dunia dan segala sesuatu yang ada di
atasnya."
(Muttafaq
'alaih)
1288.
Daripada Salman r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Bertahan
yakni tetap berdiam dalam posnya bagi tentera selama sehari semalam
fisabilillah adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan serta beramal ibadat
di situ, jikalau ia meninggal dunia, maka diberi pahalalah amalnya yang sudah
ia kerjakan, juga "diberikan pula rezekinya yakni dalam syurga sebagaimana
orang yang mati syahid dan aman dari hal-hal yang menyebabkan fitnah
dalam kubur."
(Riwayat
Muslim)
1289.
Daripada Fadhalah bin 'Ubaid r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Setiap
mayat itu dihabiskan atas amalnya sebagai yang sudah ada saja, melainkan orang
yang bertahan dalam peperangan fisabilillah, kerana sesungguhnya orang ini,
amalannya itu tetap berkembang sampai hari kiamat dan ia diamankan dari fitnah
kubur."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1290.
Daripada Usman r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Bertahan
tetap berdiam di posnya bagi tentera selama sehari fisabilillah adalah lebih
baik daripada seribu hari yang selainnya itu dari beberapa tempat yang
ada."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
1291.
Daripada Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah
memberikan jaminan kepada orang yang keluar untuk berjihad fisabilillah, sedang
tidak ada yang menyebabkan ia keluar itu kecuali untuk berjihad dalam agamaKu
agama Allah, beriman kepadaKu, mempercayai Rasul-rasuIKu, maka Allah menjamin
orang tersebut bahawa Aku (Allah) akan memasukkannya dalam syurga, atau akan
Aku kembalikan orang itu ke rumahnya yang ia keluar daripadanya itu dengan
memperoleh pahala atau ghanimah (harta rampasan). Demi Zat yang jiwa Muhammad
ada di dalam genggaman kekuasaanNya, tiada suatu lukapun yang dikenakan lukanya
itu ketika berjihad fisabililiah, melainkan akan datanglah pada hari kiamat
sebagaimana keadaannya di waktu dilukainya dulu, warnanya adalah seperti warna
darah, sedangkan baunya adalah seperti bau minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa
Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, andai kata tidak menyebabkan rasa
berat bagi kaum Muslimin, nescayalah saya tidak akan duduk di belakang sesuatu
pasukan yang berangkat berperang fisabilillah untuk selama-lamanya yakni beliau
s.a.w. akan terus mengikuti peperangan dan tidak suka ditinggalkan, andaikata
hal itu tidak menjadikan rasa berat bagi umat Islam, tetapi saya tidak
memperoleh kelonggaran, lalu saya dapat membawa yakni memimpin mereka dan
merekapun tidak memperoleh kesempatan dan dirasakan berat atas mereka kalau
mereka tertinggal daripadaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam
genggaman kekuasaanNya, nescayalah saya senang sekali kalau saya berperang fisabilillah,
lalu saya dibunuh, kemudian saya berperang lagi terus dibunuh lagi, selanjutnya
berperang lagi terus dibunuh lagi."
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari meriwayatkan sebahagian daripadanya.
1292.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
seorangpun yang terluka, iaitu yang dilukai ketika melakukan peperangan
fi-sabilillah, melainkan ia akan datang pada hari kiamat, sedang lukanya itu
masih berdarah. Warnanya adalah warna darah dan baunya adalah bau minyak
kasturi."
(Muttafaq
'alaih)
1293.
Daripada Mu'az r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang berperang fi-sabilillah, iaitu dari golongan orang Islam, sepanjang jarak
waktu antara dua perahan susu unta yakni sekalipun waktunya hanya sebentar
sekali, maka wajiblah baginya itu syurga. Juga barangsiapa yang dilukai dengan
sesuatu luka ketika mengadakan peperangan fisabilillah ataupun terkena
kesusahan dengan satu macam kesusahan, maka sesungguhnya apa yang dialaminya
itu akan datang sederas apa yang pernah terjadi. Warnanya adalah seperti minyak
za'faran sedang baunya adalah seperti bau minyak kasturi."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1294.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki dari sahabat-sahabatnya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui suatu
tempat di pegunungan yang di situ terdapatlah sebuah mata air kecil dari air
tawar, lalu merasa hairan dengan itu yakni ia ingin sekali menempatinya. la
berkata: "Andaikata saya memencilkan diri di sini dari orang banyak, kemudian
saya berdiam di sini tentulah lebih senang. Tetapi sama sekali saya tidak akan
melakukan kehendakku ini sehingga saya akan meminta izin dulu kepada Rasulullah
s.a.w.” Hal itu disebutkan kepada Rasulullah s.a.w. lalu beliau s.a.w.
bersabda: "Janganlah engkau lakukan itu, sebab sesungguhnya berdirinya
salah seorang di antara engkau semua untuk melakukan perang fisabilillah itu
adalah lebih utama daripada solatnya dalam rumahnya sendiri selama tujuh puluh
hari. Tidakkah engkau semua ingin kalau Allah memberikan pengampunan padamu
semua serta memasukkan engkau semua daiam syurga? Untuk memperoleh itu,
berperanglah engkau semua fisabilillah. Barangsiapa yang berperang fisabilillah
daiam jarak waktu antara dua kali perahan susu unta yakni sekalipun dalam waktu
yang amat sebentar, wajiblah baginya itu syurga."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Alfuwaq ialah jarak waktu antara dua kali
perahan susu.
1295.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ditanyakan
kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah amalan yang menyamai
jihad fisabilillah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak akan kuat engkau
semua melakukannya." Mereka yakni para sahabat mengulangi pertanyaannya
tadi sampai dua atau tiga kali. Semuanya itu oleh beliau s.a.w. hanya dijawab:
"Engkau semua tidak akan kuat melakukannya." Selanjutnya beliau
s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad fisabilillah itu ialah
seperti orang yang berpuasa, yang bersungguh-sungguh ibadatnya, yang taat dalam
melaksanakan ayat-ayat Allah, tidak lalai sedikitpun dari solat dan puasanya,
sehingga orang yang berjihad itu kembali."
(Muttafaq
'alaih)
Dan ini
adalah lafaznya Imam Muslim.
Dalam
riwayat Imam Bukhari disebutkan: Ada seorang lelaki berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya akan sesuatu amalan yang pahalanya
menyamai jihad!" Beliau s.a.w. bersabda: "Saya tidak
menemukannya." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Adakah engkau kuat
kalau sekiranya orang yang berjihad itu keluar lalu engkau masuk dalam
masjidmu, kemudian engkau terus mendirikan ibadat dan tidak lalai sedikitpun,
juga dengan berpuasa dan tidak pernah berbuka?" Orang itu lalu berkata:
"Siapakah yang kuat melakukan seperti itu."
1296.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Setengah
daripada sebaik-baik keadaan kehidupan para manusia ialah seseorang yang
memegang kendali kudanya untuk melakukan peperangan fisabilillah, ia terbang di
atas punggungnya. Setiap kali ia mendengar suara gemuruh atau suara dahsyat di
medan peperangan itu, ia segera terbang ke sana untuk mencari supaya terbunuh
atau kematian yang disangkanya bahawa di tempat suara gemuruh itulah tempatnya.
Atau seseorang yang memelihara kambing di puncak gunung dari beberapa puncak
gunung yang ada, ataupun di suatu lembah dari beberapa lembah ini. la
mendirikan solat dan menunaikan zakat serta menyembah Tuhannya sehingga ia
didatangi oleh keyakinan yakni kematian. Tidak ada dari para manusia itu
kecuali dalam kebaikan."
(Riwayat
Muslim)
1297.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w, bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
dalam syurga itu ada seratus darjat yang disediakan oleh Allah bagi orang-orang
yang berjihad fisabilillah, Jarak antara kedua darjat itu adalah sebagaimana
jarak antara langit dan bumi."
(Riwayat
Bukhari)
1298.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang redha dengan Allah sebagai Tuhan dan dengan Muhammad sebagai Rasul, maka
wajiblah baginya itu syurga."
Abu Said
merasa terpesona dengan sabda beliau s.a.w. ini, lalu berkata: "Ulangilah
lagi sabda itu, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. mengulangi sabdanya itu
kembali, kemudian melanjutkan sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Dan
ada yang selainnya itu, Allah mengangkat dengannya pada seseorang hamba seratus
darjat dalam syurga, jarak antara kedua darjat itu adalah sebagaimana jarak
antara langit dan bumi". Abu Said bertanya: "Amalan apakah itu, ya
Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fisabilillah,
sekali lagi berjihad fisabilillah."
(Riwayat
Muslim)
1299.
Daripada Abu Bakar bin Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Saya mendengar
ayah saya r.a., di waktu ia sedang berada di hadapan musuh, ia berkata:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
pintu-pintu syurga itu ada di bawah naungan pedang-pedang." Lalu ada
seorang lelaki yang kurang teratur keadaan pakaiannya, lalu berkata: "Hai
Abu Musa, adakah anda mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. bersabda sedemikian
itu?" la menjawab: "Ya." Orang itu ialu kembali ke tempat
kawan-kawannya lalu berkata: "Saya mengucapkan salam sejahtera kepadamu
semua." Kemudian ia mematahkan rangka pedangnya lalu melemparkannya,
selanjutnya berjalanlah ia dengan membawa pedangnya ke tempat musuh, terus
memukul dengan pedangnya tadi sehingga ia terbunuh."
(Riwayat
Muslim)
1300.
Daripada Abu 'Abs iaitu Abdur Rahman bin Jabr r.a., katanya: 'Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tidaklah
kedua kaki seseorang hamba itu berdebu kerana melakukan peperangan
fisabilillah, lalu akan disentuh oleh api neraka."
(Riwayat
Bukhari)
1301.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tidak
akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana ketakutannya kepada Allah,
sehingga air susu kembali dalam tetek. Tidak pula akan berkumpul pada seseorang
hamba debu kerana melakukan peperangan fisabiliilah dan asap neraka
Jahanam."
Diriwayatkan
oleh imamTermidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1302.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ada
dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis
kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh yang
datang dalam melakukan peperangan fisabilillah."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1303.
Daripada Zaid bin Khalid r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang memberikan persiapan seperti kenderaan, bekal, senjata dan Iain-Iain
kepada seseorang yang melakukan peperangan fisabilillah, maka orang itu
dianggap ikut berperang. ]uga barangsiapa yang berlaku sebagai pengganti kepada
seseorang yang berperang fisabilillah dalam keluarganya seperti membantu
kehidupan keluarga yang ditinggalkan itu dengan memberikan kebaikan nafkah dan
segala macam keperluan keluarga itu, maka orang yang sedemikian juga dianggap
ikut berperang."
(Muttafaq
'alaih)
1304.
Daripada Abu Umamah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berabda:
Yang
Bermaksud : "Seutama-utama
sedekah ialah memberikan naungan khemah untuk peperangan fisabilillah, juga
memberikan pelayan kepada orang yang berperang fisabilillah untuk menjadi
pelayannya dan pula memberikan unta yang cukup dewasa untuk dikumpuli oleh unta
jantan, guna kepentingan peperangan fisabilillah."
Diriwayatkan
oleh ImamTermidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1305.
Daripada Anas r.a. bahawasanya ada seorang pemuda dari suku Aslam berkata: "Ya
Rasulullah, sesungguhnya saya menghendaki untuk mengikuti peperangan, tetapi
saya tidak mempunyai bekal yang dapat saya sediakan bersamaku." Beliau
s.a.w. lalu bersabda: "Datanglah pada si Fulan, kerana
sesungguhnya ia sudah bersiap-siap kemudian ia sakit." Pemuda itu
mendatangi orang yang sakit, lalu berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam pada anda dan beliau s.a.w. bersabda
supaya anda memberikan pada saya persiapan yang sudah anda sediakan untuk
mengikuti peperangan." Orang itu lalu berkata kepada pelayan
wanitanya: "Hai Fulanah, berikanlah pada pemuda ini apa-apa yang
sudah saya siapkan dan jangan engkau tahan sedikitpun daripadanya yakni berikan
sajalah semuanya. Demi Allah, tidak ada sesuatupun yang engkau tahan, lalu akan
diberi keberkahan oleh Allah dalam benda itu."
(Riwayat
Muslim)
1306.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan
ke tempat Banu Lahyan, lalu bersabda: "Hendaklah dari setiap dua
orang itu, salah seorang saja yang ikut dalam pasukan yang dikirimkan, sedang
pahala adalah antara keduanya." Ini jikalau yang tidak ikut itu
memberikan kelengkapan seperlunya kepada yang hendak ikut berangkat.
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim lainnya disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Hendaklah
dari setiap dua orang, seorang saja yang keluar." Kemudian beliau s.a.w.
bersabda kepada orang yang duduk yakni tertinggal: "Mana saja orang di
antara engkau semua yang berlaku sebagai pengganti dari orang yang ikut keluar
berperang fisabilillah baik dalam urusan keluarga dan hartanya dengan
baik-baik, maka bagi orang yang tidak mengikutinya tadi adalah pahala sebanyak
separuh dari pahala orang yang ikut keluar berperang."
Maksudnya
ikut mengurusi keluarga orang yang berperang dengan memberikan nafkah dan apa
saja yang menjadi keperluan keluarga itu.
1307.
Daripada al-Bara' r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki dengan berselubung besi di kepalanya dan bersenjata datang
kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya berperang atau
masuk Islam dulu?" Beliau s.a.w. bersabda: "Masuklah dalam Agama
Islam dulu kemudian berperanglah!" Orang itu lalu masuk Islam kemudian
berperang lalu terbunuh. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: Orang itu beramal
hanya sedikit, dan diberi pahala banyak."
(Muttafaq
'alaih)
Dan ini
adalah lafaznya Imam Bukhari.
1308.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
seorangpun yang masuk syurga lalu ingin kembali ke dunia lagi, sedangkan ia
tidak mempunyai sesuatu apapun di atas bumi itu, melainkan orang yang mati
syahid. la mengharap-harapkan kiranya dapat kembali ke dunia lalu dibunuh
sampai sepuluh kali kerana ia mengetahui kemuliaan mati syahid itu."
Dalam
riwayat lain disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Kerana
ia mengetahui keutamaan mati syahid itu."
(Muttafaq
'alaih)
1309.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah
memberikan pengampunan kepada orang yang mati syahid, iaitu segala sesuatu yang
menjadi dosanya, melainkan hutang."
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim lainnya disebutkan: "Mati dalam peperangan
fisabilillah itu dapat menutupi segala macam dosa, melainkan hutang."
1310.
Daripada Abu Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan
orang banyak lalu menyebut-nyebutkan bahawasanya jihad fisabilillah dan
keimanan kepada Allah itu adalah seutama-utama amal perbuatan. Kemudian ada
seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat
Tuan, jikalau saya terbunuh dalam melakukan peperangan fisabilillah, apakah
kesalahan-kesalahan saya dapat tertutup?" Rasulullah s.a.w. lalu
bersabda: "Ya, jikalau engkau dibunuh dalam peperangan
fisabilillah dan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan keredhaan Allah,
menghadap yakni maju dan tidak membelakang yakni tidak mundur". Selanjutnya
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Bagaimana sekarang
ucapanmu?" Orang itu berkata: "Bagaimanakah pendapat
Tuan jikalau saya dibunuh dalam peperangan fisabilillah, apakah
kesalahan-kesalahan saya dapat tertutup?" Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Ya dapat, asalkan engkau mati dalam keadaan sabar,
mengharapkan keredhaan Allah, sedang maju dan tidak mundur. Kecuali kalau
engkau mempunyai hutang, sebab sesungguhnya Jibril a.s. mengatakan sedemikian
itu padaku."
(Riwayat
Muslim)
1311.
Daripada Jabir r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki berkata: "Di manakah tempatku, ya Rasulullah, jikalau saya
terbunuh dalam melakukan peperangan fisabilillah?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Dalam syurga." Orang itu lalu melemparkan beberapa buah kurma yang
ada di tangannya kemudian berperang sehingga ia terbunuh."
(Riwayat-Muslim)
1312.
Daripada Anas r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. dan para Sahabatnya berangkat sehingga mereka
dapat mendahului kaum musyrikin ke suatu tempat bernama Badar, lalu kaum
musyrikinpun datanglah. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Janganlah ada
seorangpun yang mendahului bertindak di antara engkau semua ini kepada sesuatu
tindakan, sehingga saya adalah yang terdekat daripadanya yakni harus
mendapatkan persetujuan dulu. Kaum musyrikin Lalu mendekat. Selanjutnya
Rasulullah bersabda pula: "Ayuhlah berdiri semua untuk menuju ke syurga
yang luasnya adalah selebar semua langit dan bumi." Anas berkata;
"Umair bin al-Humam al-Anshari r.a, berkata: "Ya Rasulullah, syurga
itu luasnya adalah selebar semua langit dan bumi?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Ya." la berkata: "Aduh, aduh."* Rasulullah s.a.w. lalu bertanya:
"Apa yang menyebabkan engkau mengucapkan: "Aduh, aduh." la
menjawab: "Tidak, demi Allah ya Rasulullah, hanya saja saya mengharapkan
semoga saya dapat menjadi ahli syurga itu." Beliau s.a.w. bersabda:
"Engkau termasuk ahli syurga itu. "Umair lalu mengeluarkan
beberapa buah kurma dari dalam tempatnya lalu makan sebahagian daripadanya,
kemudian berkata: "Nescayalah kalau saya masih hidup sehingga saya dapat
makan habis kurma-kurmaku ini, maka itu adalah hidup yang panjang sekali."
iapun lalu melemparkan kurma yang dibawanya itu lalu maju untuk memerangi kaum
musyrikin tadi sehingga ia sendiri terbunuh."
(Riwayat
Muslim)
Alqaranu dengan fathahnya qaf dan ra', ertinya
ialah tempat meletakkan anak-anak panah.
*
"Bakhin, bakhin" yang di atas itu diterjemahkan "Aduh,
aduh," maksudnya untuk menyatakan kehairanan kepada sesuatu yang dianggap
baik sekali, bukan kerana sakit atau menyatakan keluhan jiwa.
1313.
Daripada Anas r.a. pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
beberapa orang dari Najab datang kepada Nabi s.a.w. dan mereka berkata:
"Kirimkanlah kepada kita semua beberapa orang lelaki yang dapat
mengajarkan al-Quran dan As-Sunnah kepada kita itu." Nabi s.a.w. lalu
mengirimkan kepada mereka sebanyak tujuh puluh orang dari golongan kaum Anshar
yang dinamakan al-Qurra' yakni para ahli baca al-Quran. Di dalam kalangan
mereka itu termasuk pulalah bapa saudara saya yakni saudara lelaki dari ibu
Anas yang bernama Haram. Tujuh puluh orang di atas itu semua dapat membaca
al-Quran serta mentadarusnya membaca secara berganti-ganti di Waktu malam juga
mempelajarinya, sedang pada siang harinya mereka bekerja membawa air lalu
mereka letakkan dalam masjid selain itu mereka juga mencari kayu bakar lalu
menjualnya dan dengan wang hasil penjualannya itu mereka membeli makanan untuk
para ahlus shuffah yakni kaum fakir miskin yang tidak berkeluarga yang
bertempat di belakang masjid dan pula untuk kaum fakir yang Iain-Iain. Mereka
semuanya tujuh puluh orang tadi dikirimkan oleh Nabi s.a.w. Tiba-tiba mereka
dihadang oleh kaum musyrikin yakni musuh kaum Muslimin, kemudian musuh-musuh
itu membunuh mereka sebelum mereka sampai di tempat yang dituju. Mereka kaum
Muslimin tu berkata: "Ya Allah, sampaikanlah berita kita ini kepada Nabi
kita, iaitu bahwa kita semua telah menemui Engkau Allah, lalu kita merasa redha
denganMu dan Engkau redha dengan amalan kita ini." Ada seorang lelaki
musuh datang kepada Haram iaitu bapa saudara lelaki dari ibu Anas dari
arah belakangnya, lalu orang itu menusuknya dengan tombak sehingga ia dapat
menewaskannya. Haram, berkata: "Saya berbahagia kerana dapat menemui mati
syahid, demi Zat yang menguasai Kaabah." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Sesungguhnya saudara-saudaramu telah dibunuh dan sesungguhnya mereka
berkata: "Ya Allah, sampaikanlah berita kita ini kepada Nabi kita iaitu
bahawa kita semua telah menemui Engkau Allah, lalu kita semua merasa redha
denganMu dan Engkau redha dengan amalan kita ini."
(Muttafaq
'alaih)
Dan ini
adalah lafaznya Imam Muslim.
1314.
Daripada Anas r.a. pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Bapa
saudaraku yakni Anas bin an-Nadhr r.a. tidak mengikuti peperangan Badar,
kemudian ia berkata: "Ya Rasulullah, saya tidak mengikuti pertama-tama
peperangan yang Tuan lakukan untuk memerangi kaum musyrikin Jikalau Allah
mempersaksikan saya yakni menakdirkan saya ikut menyaksikan dalam memerangi
kaum musyrikin pada waktu yang akan datang, nescayalah Allah akan
memperlihatkan apa yang akan saya perbuat. Ketika pada hari peperangan Uhud,
kaum Muslimin menderita kekalahan, lalu Anas bin an-Nadhr itu berkata: "Ya
Allah, saya mohon keuzuran pengampunan padaMu daripada apa yang dilakukan oleh
mereka itu yang dimaksudkan ialah kawan-kawannya, kerana meninggalkan tempat
yang sudah ditentukan oleh Nabi s.a.w., juga saya berlepas diri maksudnya
tidak ikut campur tangan padamu dari apa yang dilakukan oleh mereka yang
dimaksudkan ialah kaum musyrikin yang memerangi kaum Muslimin. Selanjutnya
iapun majulah, lalu Sa'ad bin Mu'az menemuinya. Anas bin an-Nadhr berkata:
"Hai Sa'ad bin Mu'az, marilah menuju syurga. Demi Tuhan yang menguasai
an-Nadhr ayahnya, sesungguhnya saya dapat menemukan bau harum syurga itu
dari tempat di dekat Uhud." Sa'ad berkata: "Saya sendiri tidak
sanggup melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas itu, ya Rasulullah."
Anas yang merawikan Hadis ini yakni Anas bin Malik, kemenakan Anas bin
an-Nadhr berkata: "Maka kami dapat menemukan dalam tubuh Anas bin an-Nadhr
itu lapan puluh buah lebih pukulan pedang ataupun tusukan tombak ataupun
lemparan panah. Kita menemukannya telah terbunuh dan kaum musyrikin telah pula
mencabik-cabiknya. Oleh sebab itu tidak seorangpun yang dapat mengenalnya lagi,
melainkan saudara perempuannya saja, kerana mengenal jari-jarinya." Anas
perawi Hadis ini berkata: "Kita sekalian mengira atau menyangka bahawasanya
ayat ini turun untuk menguraikan hal Anas Bin an-Nadhr itu atau orang-orang
yang seperti dirinya, iaitu ayat yang ertinya: "Di antara kaum
mukminin itu ada beberapa orang yang menepati apa yang dijanjikan olehnya
kepada Allah," sampai seterusnya ayat tersebut.
(Muttafaq
'alaih)
Hadis di
atas telah lalu uraiannya dalam bab Almujahadah yakni Bersungguh-sungguh.
1315.
Daripada Samurah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Semalam
saya melihat dalam impian dua orang lelaki yang mendatangi saya, lalu memanjat
sebuah pohon denganku. Kedua memasukkan saya dalam sebuah rumah yang paling
indah dan utama yang saya sama sekali belum pernah melihat rumah yang lebih
indah daripada rumah tadi. Keduanya berkata: "Adapun rumah ini adalah
perumahan orang-orang yang mati syahid."
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan ini adalah sebahagian dari suatu Hadis yang panjang dan
di dalamnya terkandunglah berbagai macam ilmu pengetahuan. Kelengkapan Hadis
ini akan datang dalam bab: Keharaman berdusta, Insya Allah Taala.
1316.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Ummur Rabi' binti al-Bara', iaitu ibunya
Haritsah bin Suraqah, ia mendatangi Nabi s.a.w., lalu berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, tidakkah Tuan suka memberitahukan kepada saya tentang Haritsah
yakni anaknya yang terbunuh pada hari peperangan Badar. Jikalau ia ada di dalam
syurga, maka saya akan bersabar, tetapi jikalau ia ada di tempat yang selain
itu, maka saya akan bersangat-sangat untuk menangisinya." Nabi s.a.w. lalu
bersabda: "Hai ibu Haritsah, sesungguhnya saja ada beberapa taman di dalam
syurga itu dan sesungguhnya anakmu itu telah memperoleh syurga al-Firdaus yang
tertinggi."
(Riwayat
Bukhari)
1317.
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Ayahku
didatangkan kepada Nabi s.a.w. pada hari peperangan Uhud dan ayahnya itu telah
mati syahid. Ayahku itu telah dirosakkan tubuhnya, kemudian diletakkan di
hadapan beliau s.a.w. Saya berkehendak akan membuka wajahnya, tetapi
orang-orang banyak melarang saya. Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: "Para
malaikat tidak henti-hentinya menaunginya dengan sayap-sayapnya."
(Muttafaq
'alaih)
1318.
Daripada Sahl bin Hunaif r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang memohonkan kepada Allah akan kesyahidan yakni supaya mati syahid dengan
hati yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tempat
kediaman para syuhada yakni pahalanya disamakan dengan mereka, sekalipun ia
mati di atas tempat tidurnya."
(Riwayat
Muslim)
1319.
Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang mencari kesyahidan yakni supaya mati syahid dengan hati yang
sebenar-benarnya, maka ia akan diberi kesyahidan itu yakni memperoleh pahala
seperti orang yang mati syahid, sekalipun kesyahidan itu tidak mengenainya
yakni sekalipun tidak benar-benar mati dalam pertempuran fisabilillah."
(Riwayat
Muslim)
1320.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Orang
yang mati syahid itu tidak mendapatkan kesakitan kerana terkena pembunuhan,
melainkan hanyalah sebagaimana seseorang di antara engkau semua mendapatkan
kesakitan kerana terkena gigitan semut dan sebagainya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1321.
Daripada Abdullah bin Abu 'Aufa radhiallahu'anhu ma bahawasanya Rasulullah s.a.w.,
pada salah satu dari hari-hari di waktu beliau itu menemui musuh, beliau
menantikan sehingga matahari condong hendak terbenam, beliau lalu berdiri di
muka orang banyak, kemudian bersabda: "Hai sekalian manusia,
janganlah engkau semua mengharap-harapkan bertemu musuh dan mohonlah kepada
Allah akan keselamatan. Tetapi jikalau engkau semua menemui musuh itu, maka
bersabarlah. Ketahuilah olehmu semua bahawasanya syurga itu ada di bawah naungan
pedang." Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Allah yang menurunkan
kitab, yang menjalankan awan, yang menghancur-leburkan gabungan pasukan musuh.
Hancur-leburkanlah mereka dan berilah kita semua kemenangan atas mereka."
(Muttafaq
'alaih)
1322.
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ada
dua macam doa yang tidak akan ditolak atau sedikit sekali ditolaknya, iaitu doa
ketika ada panggilan solat yakni antara azan dan iqamah dan pula doa ketika berkecamuknya
peperangan, yakni di waktu sebahagian yang bertempur itu bergulat dengan
sebahagian lainnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1323.
Daripada Anas r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu apabila berperang, mengucapkan: "Ya Allah, Engkau adalah
pembantu serta penolongku, denganMulah saya bertempur dan denganMu pula saya
menghubungkan diri dan denganMu juga saya berperang."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
1324.
Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila takut kepada sesuatu
kaum atau golongan, beliau mengucapkan:
Yang
Bermaksud : "Ya
Allah sesungguhnya kita menjadikan Engkau yakni menjadikan perlindungan dan
penjagaanMu dalam leher-leher mereka sehingga mereka tidak kuasa memperdayakan
kita dan kita mohon perlindungan kepadaMu dari kejahatan-kejahatan
mereka."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1325.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Kuda
itu diikatkan pada ubun-ubunnya sebagai isyarat betapa utamanya maju dalam
pertempuran dengan menaiki kuda itu. Kebaikan itu tetap ada sampai hari
kiamat."
(Muttafaq
'alaih)
1326.
Daripada Urwah al-Bariqi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Kuda
itu diikatkan pada ubun-ubunnya (lihat uraiannya dalam Hadis no. 1325). Kebaikan tetap ada sampai hari
kiamat, iaitu memperoleh pahala jikalau mati syahid dalam peperangan
fisabilillah atau memperoleh ghanimah yakni harta rampasan jikalau mendapatkan
kemenangan."
(Muttafaq
'alaih)
1327.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang menahan memiliki serta merawat seekor kuda yang digunakan untuk perang
fisabilillah kerana didorong oleh keimanan kepada Allah dan mempercayai
sungguh-sungguh akan janjiNya, maka sesungguhnya makanan untuk
mengenyangkannya, minuman untuk melepaskan dahaganya, kotorannya, dan
kencingnya itu ada timbangan pahalanya esok pada hari kiamat."
(Riwayat
Bukhari)
1328.
Daripada Abu Mas'ud r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan membawa seekor unta yang
diikatkan hidungnya semacam kendali untuk kuda, lalu ia berkata: "Ini
untuk sabilillah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Engkau akan
memperoleh esok pada hari kiamat sebanyak tujuh ratus ekor unta yang semuanya
juga diikat hidungnya seperti ini."
(Riwayat
Muslim)
1329.
Daripada Abu Hammad, ada yang mengatakan Abu Su'ad, ada pula yang mengatakan
Abu Usaid, ada lagi Abu 'Amir, ada pula Abu 'Amr, ada pula Abul Aswad dan ada
yang mengatakan Abu 'Abs, iaitu Uqbah bin 'Amir al-Juhani r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbarnya: "Dan persiapkan
untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat
menyiapkannya. Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah, ingatlah
sesungguhnya kekuatan ialah memanah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah
memanah."
(Riwayat
Muslim)
1330.
Daripada Abu Hammad r.a. pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan dibukakanlah untuk
kemenanganmu semua beberapa negeri dan Allah akan mempercukupkan engkau semua
yakni menolongmu dalam peperangan. Maka jangan lemahlah seseorang di antara
engkau semua itu untuk bermain-main dengan anak-anak panahnya," Ini adalah
sebagai anjuran untuk melatih diri agar pandai memanah."
(Riwayat
Muslim)
1331.
Daripada Abu Hammad r.a. pula bahawasanya ia berkata: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang telah diajari memanah, lalu meninggalkannya untuk terus berlatih, maka ia
bukan dari golongan kita kaum Muslimin," atau beliau s.a.w. bersabda:
"Orang itu telah melakukan kemaksiatan."
(Riwayat
Muslim)
1332.
Daripada Abu Hammad r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
Allah itu memasukkan dengan sebab adanya sebatang anak panah itu tiga macam
orang dalam syurga, iaitu pembuatnya yang dalam membuat anak panah tadi
mengharapkan keredhaan Allah, juga orang yang memanahkannya dan pula orang yang
memberikan anak panah itu sebagai bantuan kepada orang yang hendak berangkat
berperang fisabilillah. Lemparlah dengan panah dan naiklah kuda, tetapi jikalau
engkau semua pandai melemparkan panah, maka hal itu adalah lebih saya sukai
daripada engkau pandai menaiki kuda. Barangsiapa yang meninggalkan melempar
dengan panah setelah ia diajarinya, kerana ia tidak suka lagi padanya, maka
sungguhnya itu adalah suatu kenikmatan yang ditinggalkannya," atau beliau
s.a.w. bersabda: "Orang itu menutupi kenikmatan yang telah diberikan
padanya itu."
(Riwayat
Abu Daud)
1333.
Daripada Salamah bin al-Akwa' r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Nabi
s.a.w. berjalan melalui suatu kelompok orang saling berlumba untuk memanah,
lalu beliau s.a.w. bersabda: "Pandaikanlah dirimu untuk melempar
dengan panah itu hai keturunan Ismail, sebab sesungguhnya ayahmu yakni
Nabiullah Ismail a.s. adalah seorang yang pandai melempar dengan panah."
(Riwayat
Bukhari)
1334.
Daripada 'Amr bin 'Abasah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah, maka baginya
adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hambasahaya."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1335.
Daripada Abu Yahya iaitu Khuraim bin Fatik r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang menafkahkan sesuatu nafkah untuk peperangan fisabilillah, maka dicatatlah
untuknya pahala sebanyak tujuh ratus kali lipatnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1336.
Daripada Abu Said r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
seorang hambapun yang berpuasa sehari dalam sabilillah, melainkan Allah menjauhkan
diri orang itu dengan sebab puasanya sehari tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh
tahun dari neraka."
(Muttafaq
'alaih)
1337.
Daripada Abu Umamah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang berpuasa sehari dalam sabilillah, maka Allah membuatkan antara orang itu
dengan neraka sebuah khandak tanah yang digali sebagaimana jauhnya antara
langit dan bumi."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1338.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mati dan
belum pernah melakukan peperangan, juga tidak pernah tergerak hatinya untuk
melakukannya itu yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad
fisabilillah, maka ia mati dengan menetapi satu cabang dari kemunafikan."
(Riwayat
Muslim)
1339.
Daripada Jabir r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Kita
semua bersama Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua
tidak menempuh suatu perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah,
melainkan orang-orang tadi ada besertamu yakni sama-sama memperoleh pahala,
mereka itu terhalang oleh sakit maksudnya andaikata tidak sakit pasti ikut
berperang."
Dalam
riwayat lain lagi disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Mereka
itu terhalang oleh keuzuran."
Dalam
riwayat lain lagi disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Melainkan
mereka yang tertinggal itu berserikat denganmu semua dalam hal
pahalanya."
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dari riwayat Anas, juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari
riwayat Jabir dan lafaz di atas adalah bagi Imam Muslim.
1340.
Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya ada seorang Arab penghuni pedalaman negeri
Arab mendatangi Nabi s.a.w., lalu berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, ada seorang yang berperang dengan tujuan hendak merebut harta
rampasan, ada pula seorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut
namanya dan ada pula seorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan
betapa besar keberaniannya."
Dalam
riwayat lain disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang berperang untuk menunjukkan keberanian, ada pula yang berperang untuk
mempertahankan kebaikan nama keluarga."
Dalam
riwayat lain lagi disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Ada
orang yang berperang kerana melepaskan kemarahannya, maka yang manakah di
antara semua itu yang termasuk orang yang berperang fisabilillah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Barangsiapa yang berperang dengan tujuan
supaya kalima-tullah yakni agama Allah itu menjadi yang tertinggi, maka orang
sedemikian itulah yang disebut jihad fisabilillah."
(Muttafaq
'alaih)
1341.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
sepasukan tentera atau sekelompok barisan tempur yang berperang lalu memperoleh
ghanimah harta rampasan dan selamat dari kematian, melainkan mereka itu telah
mempercepatkan dua pertiga pahala yang harus diperolehnya. Tiada sepasukan
tentera atau sekelompok barisan tempur yang kembali dengan tangan hampa yakni
tidak memperoleh ghanimah dan terkena bencana mati syahid atau luka-luka
melainkan telah sempurnalah pahala yang harus mereka peroleh itu."
(Riwayat
Muslim)
1342.
Daripada Abu Umamah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, berikanlah izin kepada saya untuk merantau ke negeri orang lain.
Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya cara perantauan untuk
umatku itu ialah berjihad fisabiliilah 'Azzawajalla."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang baik.
1343.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Pulang
dari peperangan itu pahalanya seperti dalam melakukan peperangan."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang baik.
Alqaftah ialah pulang. Maksudnya ialah
bahawa pulang dari peperangan setelah selesainya. Ini mengandung pengertian
bahawasanya pulangnya seseorang dari peperangan sesudah perang itu selesai,
juga diberi pahala sebagaimana semasa dalam peperangan sampai datang di rumah
1344.
Daripada as-Saib bin Yazid r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ketika
Nabi s.a.w. datang dari peperangan Tabuk, lalu disambut oleh orang banyak. Saya
juga menyambut beliau s.a.w. itu bersama beberapa anak kecil di tempat yang
bernama Tsaniyyatul wadak."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih dengan menggunakan lafaz di atas. ]uga
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, katanya:
Yang
Bermaksud : "Kita
semua pergi untuk menyambut Rasulullah s.a.w. bersama anak-anak kecil di
Tsaniyyatul wadak."
1345.
Daripada Abu Umamah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang tidak pernah berperang atau tidak pernah mempersiapkan keperluan-keperluan
untuk orang yang akan melakukan peperangan atau tidak berlaku sebagai pengganti
dari seseorang yang melakukan peperangan dalam keluarganya dengan kebaikan
yakni mencukupi keluarga yang ditinggalkan dengan memberikan nafkah,
perlindungan dan apa saja yang diperlukan, maka Allah akan mengenakan padanya
dengan sesuatu bencana sebelum hari kiamat."
Diriwayatkan
oleh imam Abu Daud dengan isnad shahih
1346.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Berjihadlah
engkau semua kepada kaum musyrikin itu dengan hartamu, dirimu dan
lisanmu."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1347.
Daripada Abu 'Amr, ada yang mengatakan Abu Hakim, iaitu an-Nu'man bin Muqarrin
r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
menyaksikan Rasulullah s.a.w., jikalau beliau tidak melakukan peperangan di
permulaan siang hari, maka tentulah beliau mengakhirkan peperangan sehingga
tergelincirnya matahari dan meniuplah angin dan turunlah kemenangan."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1348.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Janganlah
engkau semua mengharap-harapkan bertemu musuh, tetapi apabila engkau semua
menemui mereka, maka bersabarlah."
(Muttafaq
'alaih)
1349.
Daripada Abu Hurairah r.a. dan dari Jabir radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi
s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Perang
itu tipuan," yakni dalam peperangan wajiblah menggunakan tipudaya untuk
dapat memperoleh kemenangan.”
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan