PADERI KRISTIAN MERAYAKAN KEMENANGAN
MEREKA MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM IRAQ DAN MENGGANTUNG SADDAM HUSSIEN PADA HARI
RAYA AIDIL ADHA.
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH
TEMPAT SEMENTARA DAN SUATU UJIAN
Dan tiadalah kehidupan dunia ini
melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.
(Surah al-’Ankabut: 64)
Ingatlah semua benda di atas muka bumi
ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti
bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang
khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuan:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya
Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk: 2)
Sebagaimana yang diterangkan di dalam
ayat di atas, Allah swt
meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia
menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan
kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang
yang tidak beriman, di mana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak
untuk memasuki syurga. Dengan kata lain, dunia ini hanya medan ujian di
mana kita boleh mendapatkan keredhaan Allah swt.
Allah swt telah membuat batas-batas yang
jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan dimurkai-Nya.
Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau
hukuman di akhirat. Oleh itu,
setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan demikian, jangan sesekali lupa
yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan
menentukan kehidupan di akhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini
adalah sangat hampir. Allah swt mengingatkan kita tentang
perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada
hamba-hamba-Nya tentang hari tersebut:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah
diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hashr: 18)
Allah swt mengingatkan manusia supaya
tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona dan keseronokan
di dalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki
di dunia ini tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan
meninggalkan segala-gala yang mereka ada termasuk jasadnya. Jasadnya akan raput
dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan kerosakan akibat
perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa ke hadapan Allah swt untuk
menerima rekod perbuatannya.
Walau bagaimanapun, walaupun kenyataan
ini jelas, taksub dengan rutin harian, majoriti manusia lupa hakikat kematian
dan akhirat; mereka menganggap kehidupan mereka adalah terhad di atas dunia ini
sahaja. Sikap ini diterangkan di dalam al-Quran sebagai berikut:
Dan mereka berkata, “Kehidupan ini tidak
lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada
yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak mempunyai
pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.
(Surah al-Jathiyya: 24)
Walau bagaimanapun, mereka mengabaikan
satu fakta yang penting; kehidupan dunia ini adalah sangat singkat. Bayangkan
seorang lelaki yang berumur tiga puluhan, jika dia memikirkan kehidupannya, ia
pasti terasa sekilas lalu. Jika dia ditanya apa yang difikirkan tentang 30
tahun itu, dia hanya berkata bahawa segala yang berlalu adalah sangat pantas.
Jika dia diminta memberitahu tentang kisahnya, kenangan itu boleh diceritakan
dalam masa beberapa jam sahaja. Lelaki ini mungkin mempunyai 30 tahun lagi
untuk hidup dan ia akan berlalu dengan pantas sebagaimana hari-hari sebelumnya.
Dalam banyak yang terjadi, Allah menarik perhatian kita kepada kehidupan yang
singkat ini dan memberitahu kita bahawa manusia akan menerima kenyataan ini ada
hari Akhirat:
Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu
itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka
tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu)
mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan
pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk.
(Surah Yunus: 45)
Dan pada hari terjadinya kiamat,
bersumpahlah orang-orang yang berdosa: mereka tidak berdiam (dalam kubur)
melainkan sesaat (saja). Seperti demikianlah mereka selalu dipalingkan (dari
kebenaran)
(Surah ar-Rum: 55)
Untuk mengelakkan manusia daripada
terlalu terikat dengan dunia, Allah swt telah meletakkan pelbagai kecacatan dan
elemen yang tidak diingini dalam kehidupan dunia ini dan dengan itu menekankan
sifat-sifat sementara dunia ini. Ini adalah salah satu subjek di mana manusia
perlu berfikir; semua perkara yang kita sayangi atau hargai dalam hidup ini
akan menjadi tua, orang yang kita sayangi akan pergi, satu demi satu, malah
orang yang paling cantik di sekeliling kita akan menjadi tua, atau sakit atau
menjadi lemah. Saat-saat yang kita nikmati, atau masa yang kita nanti-nantikan,
sebelum ini, semuanya telah menjadi sebahagian daripada masa lampau. Ini
termasuklah masa-masa yang sukar yang kita hadapi sebelum ini dan ia akan
berdasarkan juga kepada pengalaman pada masa hadapan, dan sepanjang kehidupan
kita, yang mana ia adalah sangat singkat, sekelip mata sahaja. Kita akan
sentiasa diuji, ujian yang akan berterusan sehinggalah ajal menemui kita.
Selepas itu, setiap manusia yang pernah hidup di muka bumi ini akan dibayar
untuk apa yang pernah dia lakukan dan maka kehidupan yang berkekalan akan
bermula.
Walau bagaimanapun, manusia tidak pernah
teringin sesuatu yang cantik atau indah menjadi pudar. Namun, dalam kehidupan
yang singkat ini, keinginan itu tidak dapat dipenuhi. Jadi, bagaimana kita
hendak mencapainya? Syurga ialah satu-satunya tempat di mana semua ini akan
menjadi nyata. Ingatlah, hidup
ini tidak sempurna untuk memenuhi segala keinginan kita. Sekiranya kita merindukan nikmat yang
abadi, ingatlah, bahawa kita
tidak perlu mengejar kehidupan dunia ini, tetapi perlu mencari kehidupan
akhirat dengan mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya.
Orang-orang yang tidak beriman yang
jahil akan perkara-perkara ini, walau bagaimanapun cuba untuk menghadkah segala
keinginan terhadap kehidupan dunia yang sementara ini sahaja. Semua keinginan
itu adalah berdasarkan pemahaman yang salah iaitu, kematian akan membawa titik
noktah kepada kehidupan dunia ini. Oleh sebab itu, di dunia ini, mereka
berusaha untuk mencapai segala kenikmatan dan kegembiraan. Takutkan mati kerana
ia akan menyekat keinginan-keinginan mereka, mereka berusaha gigih untuk
mendapatkan hasil yang terbaik di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha mereka
adalah kosong; dunia ini sememangnya tidak sempurna. Tempat tinggal yang sebenar untuk
manusia ialah di akhirat, tempat yang menawarkan segala yang terbaik dan
kenikmatan yang tiada cacatnya yang boleh dinikmati oleh manusia; walau bagaimanapun, semua nikmat
ini disimpan hanya untuk mereka yang benar-benar beriman kepada Allah swt.
Nikmat-nikmat yang dirasai oleh orang yang tidak beriman hanya terhad untuk di
dunia sahaja. Cara bagaimana
mereka akan dibiarkan di dalam neraka telah dinyatakan di dalam al-Quran
sebagai berikut:
Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang
kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): “Kamu telah menghabiskan
rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan kamu telah
bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang
menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan
kerana kamu telah fasik.” (Surah al-Ahqaf: 20)
Sebab itu jugalah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam)
menarik perhatian kita tentang kepentingan menghisab diri sendiri dan perbuatan
kita:
“Orang yang bijaksana ialah orang yang
menghisab dirinya sendiri (dan menahan diri daripada melakukan
perbuatan-perbuatan jahat) dan melakukan amalan-amalan yang mulia untuk
kebaikan selepas mati; dan orang-orang yang bodoh ialah seseorang yang
menyerahkan dirinya kepada godaan-godaan dan keinginan dan berusaha menjauhi
daripada Allah untuk memenuhi hawa nafsunya. (Tirmidhi)
Sebagaimana yang dinyatakan di sini,
tiada apa yang lebih penting daripada perbuatan-perbuatan yang dilakukan untuk
mengelakkan diri daripada hukuman api neraka. Dalam situasi tertentu, seorang
pelajar akan belajar dengan tekun untuk lulus, seorang peniaga yang ingin
mengumpul kekayaan yang banyak, dan walau bagaimanapun, terdapat juga mereka
yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkan prestij. Tetapi, tidak
ada jaminan mereka ini akan hidup lama untuk mencapai segala cita-cita mereka.
Sebagai contoh, pelajar itu mungkin tidak hidup lama untuk melihat hari
graduasinya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia akan kembali
kepada Tuhannya dan akan diberi buku amalan tetang segala perbuatannya pada
Hari Kiamat kelak:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak
mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan
kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang
melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang
selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)
Penyakit, kemalangan atau usia tua, di
mana kita perlu mengambil pengajaran adalah bukti bahawa dunia ini bukanlah
tempat untuk kita berasa terikat:
Dan tidakkah mereka (orang-orang
munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun,
kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran.
(Surah at-Tawba: 126)
Sebagi bukti daripada ayat ini,
“…Kamu menghendaki harta benda duniawi
sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(surah al-Anfal: 67),
Allah swt berulang kali mengingatkan
kita bahawa dunia ini tidak sempurna supaya hamba-hamba Allah boleh mendapat
tempat yang lebih sempurna di akhirat.
Jangan sesekali mengabaikan peringatan
ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah swt untuk melayakkan diri
mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Allah
swt telah menerangkan di dalam al-Quran bahawa barangsesiapa yang terikat
dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di
akhirat kelak:
Barangsiapa yang mengkehendaki
keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa
yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian
dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.
(Surah ash-Shura: 20)
Dalam ayat-ayat ini, Allah swt menyuruh
manusia untuk cintakan akhirat kerana ia adalah lebih baik dan berkekalan
“…Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih
baik dan kekal.”
(Surah Taha: 131)
Sementara itu, ingatlah bahawa Allah swt
akan berikan kepada orang yang benar-benar beriman, yang inginkan
kehidupan akhirat, kehidupan yang baik di dunia ini juga.Orang-orang mukmin
adalah mereka yang mencapai nikmat terbaik daripada Allah swt, di dunia dan di
akhirat.
Bagi mereka berita gembira di dalam
kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi
kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
(Surah Yunus: 64)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan