Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 1 Ogos 2012

E 1 SEBELAS SUARA SYAITAN

Doa Mengelak Gangguan Syaitan

Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

1.    Al-Lahwi- menpromosikan  lagu-lagu dan berita yang tidak memberi faedah di Akhirat adalah termasuk suara syaitan yang sia-sia. Sila rujuk : Surah Luqman ayat 6 & 7.

2.    Az-Zur- mereka yang sanggup menjadi saksi palsu adalah mereka yang menjadi syaitan dan bersuara dengan suara yang tidak benar atau palsu.  Sila rujuk Surah Al-Furqan ayat 72.

3.    Al-Lahwi. Surah al-Qasas ayat 55 . Menerangkan kedudukan yang berbual kosong adalah suara syaitan yang menyeru kepada kelalaian.

4.    Al-Batil- Nyanyian dan muzik adalah suara syaitan yang batil.

5.    Al-Muka’ dan Tasdiyah- suara syaitan yang bersiul sambil bertepuk tangan seperti yang dilakukan oleh arab jahiliyah yang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan telanjung, mulut mereka bersiul dan tangan mereka bertepuk.

6.    Ruqyatl Zina- semua pusat hiburan yang menghidangkan seks dan maksiat adalah merupakan suara syaitan yang menyeru kepada zina. semua yang memainkan peranan untuk menghidupkan suasana zina adalah dihukum suara syaitan zina bermula dari lagu-lagu yang didendangkan, artis, penari, muzik dan semua yang terlibat.

7.    Qur’anu syaitan- suara sihir, syair, perasaan hasad, dendam, menipu, bomoh, ilmu hitam, makanan yang tidak disebut nama Allah SWT, minuman yang memabukkan, pasar-pasar, seruling, perempuan, tandas dan yang paling besar dan utama adalah syirik kepada Allah SWT samada syirik secara zahir atau secara tidak disengajakan(khafi). semua yang telah disebut dianggap sebagai Quran syaitan.

8.    Soutul Ahmaq dan Sautl Fajir-suara mereka yang telah dirasuk dengan muzik atau  sanggup menjerit-jerit ketika menerima musibah sambil memukul dada dan mencakar muka.

9.    Soutul syaitan- muzik yang melalaikan adalah saranan yang paling baik ke arah perbuatan maksiat.

10. Mazmurul syaitan- suara dua orang khadam yang pernah berkhidmat dengan Siti Aisyah yang menyanyi dengan disertakan tiupan seruling, maka Rasulullah SAW mengharamkan perbuatan tersebut.

11. As-sumud- adalah suara yang dinyanyikan oleh penduduk arab  himyar apabila membenci orang mukmin membaca Al-Quran lalu mereka akan menyanyikan suara tersebut.

Surah Luqman . ayat 6 & 7 .

[6]Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

[7]Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan