Inilah
nada-nada syaitan yang Allah SWT terangkan dalan Surah Isra’ ayat 63-64.
[63]Allah berfirman (kepada iblis):
“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang
menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah balasan kamu
semua, sebagai balasan yang cukup."
[64]Dan desak serta pujuklah sesiapa yang
engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang
berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut
campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka);
dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).” Padahal tidak ada yang
dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Muzik adalah nada syaitan paling baik
untuk menuju ke arah maksiat,
Prof. Dr. Mahmud Yunus berkata: “Allah melukiskan kepada kita tentang
bagaimana iblis itu memperdayakan manusia. Sehingga ia menguasai dan memerintah
manusia menurut kehendaknya. Seolah-olah iblis mengarah mereka agar berbuat
maksiat dengan suaranya ( melalui
lagu-lagu muzik yang menghayalkan) dan dengan pasukan tenteranya, sama ada
yang berkuda dan bejalan kaki, dalam pada itu iblis adalah sebagai
pemandunya. “ Tafsir Mahmud Yunus m/s: 411.
Surah Al-Kahfi,
[28]Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Kitab Penawar
Hati dan Penenang Jiwa. m/s : 409.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan