Bagi mengatasi
kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah
mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah
s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik
tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya
dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas
hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi
permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya
serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang Lebih baik daripada apa yang kamu minta Daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33
kali”.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua
daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w.
ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan
hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah
Rasulullah saw ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Alangkah baiknya amalan ini dicadangkan
kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah
melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’
(33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan
istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu
menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
Akan terserlah ceria di wajah pada
keesokan hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu
ayatpun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan