Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 8 Julai 2012

A 127 EMPAT PULUH ANUGERAH DARI KHUSYUK DI DALAM SOLAT

Ulama’ Menggambarkan sifat Khusyuk

90. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung.  Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas[970]. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.
[970]. Maksudnya: mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

1.  Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya,

2. Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah swt. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

KELEBIHAN-KELEBIHAN KHUSYUK DALAM SOLAT

1- Oksigen meresap keseluruh badan.

2- Membantu sistem pernafasan dalam badan.

3- Memperelokan  pengaliran darah dalam badan.

4- Khusyuk dapat menghilangkan perasaan stres(tekanan).

5- Menguatkan keyakinan diri dan mengurangkan kerungsingan.

6- Menyembuhkan penyakit sendi-sendi.

7- Mengelakkan penyakit yang  membawa kepada kematian tiba-tiba, menyembuhkan penyakit dalam jantung.

8- Menghilangkan penyakit psikologi

9- Menguatkan otot dan menambahkan antobodi dalam badan.

10- Menambah kepercayaan dan keyakinan serta ketenangan kepada jiwa.

11- Mengurangkan berat badan.

12- Memanjangkan umur.

13- Memberi kekuatan untuk melawan serangan penyakit kerana diri kita telah mendampingi kepada Allah SWT.

14- Menghilangkan penyakit  sakit kepala.

15- Menghilangkan penyakit risau.

16- Memberi kecerdasan dan meningkatkan kemampuan badan.

17- Mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.

18- Menghilangkan perasaan takut.

19- Memberi kekuatan pada minda.

20- Menambahkan kemampuan untuk belajar dan menguatkan daya ingatan.

21- Khusyuk memberi kekuatan untuk berfikir dengan lebih kreatif.

22- Khusyuk memberi daya saingan yang baik.

23- Menambahkan pertumbuhan sel-sel dalam badan.

24- Mengelokan akhlak dan mempertingkatkan modal insan.

25- Menghilangkan pemikiran yang tidak sihat.

26- Memberi kekuatan tenaga untuk berkhidmat.

27- Menjernihkan pemikiran dan menyelesaikan permasalahan peribadi.

28- Membantu membuat keputusan yang betul.

29- Menghilangkan perasaan permusuhan.

30- Mengubat penagihan rokok kepada perokok.

31- Mengubat sistem perpeluhan dan membantu sistem tidur yang sempurna.

32- Menimbulkan perasaan bertanggungjawab dalam semua urusan.

33- Mengasah bakat dalam individu dan memupuk hubungan baik sesama manusia.

34- Membantu menghadapi sesuatu permasalahan dengan tenang.

35- Memberi keseimbangan dalam kehidupan bermasyarakat.

36- Memberi  kekuatan menghadapi sesuatu masalah dalam saat yang getir.

37- Mempunyai hubungan yang sempurna  dan keseimbangan yang paling mantap di
antara jiwa dan raga atau rohani dan jasmani.

38- Mempertingkatkan daya kasih sayang, dermawan dan cinta kepada kebaikan.

39- Dapat melalui semua halangan yang berbagai suasana terutama dalam menjalani kehidupan seharian.

40- Khusyuk adalah penawar percuma yang tidak mengambil masa yang lama untuk memperolehi tetapi hanya memerlukan beberapa minit untuk menatap Kitab Suci Al-Quran Al-Karim sahaja.

Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.

107. Katakanlah: “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,

108. dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.”

109. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.

Mulakan praktik pergerakan solat bermula dari sekarang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan