Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 14 Julai 2012

B 31 DUA PULUH CARA MEMBAHAGIAKAN SUAMI

Tidak lengkap rasanya jika ada 20 cara membahagiakan isteri Anda, tidak ada 20 cara membahagiakan suami Anda. Berikut masih dalam buku yang sama, “Nasihat Indah Untuk Suami Isteri”, karya Syekh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para isteri memikat suami mereka. Semoga bermanfaat! 

1.  Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda. Buatlah disaat suami Anda  masuk ke rumah, dia merasa bahawa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang.

2. Bagaimana caranya agar suami Anda itu boleh merasa tenteram dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata-kata ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu usahakan untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.

3.  Bersopan dan penuh perhatianlah Anda ketika berbincang-bincang, jauhkanlah perdebatan dan hindarkan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat Anda.

4.   Fahami  kebenaran dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami terhadap Anda selaku isteri, yang memang terkait dengan kodrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim (penindasan).

5.   Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan suami dan pastikan suara Anda tidak meninggi pada saat dia bersama Anda.

6.  Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan solat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkahwinan Anda, sungguh mengingat Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati Anda.

7.   Bersikaplah diam ketika suami Anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengizinkannya.

8.  Berdirilah dekat suami Anda ketika dia sedang memakai baju dan kasutnya.

9. Layanlah suami Anda sehingga merasa bahawa Anda menginginkan  suami untuk mengenakan baju yang Anda pilih untuk dia, sebaik-baiknya anda yang memilih baju untuk suami Anda.

10.    Anda harus sensitif dan memahami keperluan suami Anda, untuk menjadikan pernikahan Anda menjadi yang terbaik tanpa membuang waktu Anda yang banyak.

11.  Ketika ada perselisihan pendapat, hendaknya Anda tidak menunggu agar  suami meminta ma’af kepada Anda (jangan jadikan hal ini sebagai satu keperluan utama atau syarat terpenting  pada diri Anda) kecuali kalau suami Anda secara sedar mengakui kesalahannya.

12.   Perbaikilahlah penampilan dan pakaian suami Anda, biarpun kelihatannya suami Anda malas untuk memperbetulkan dan memakainya, tapi yakinlah bahawa dia akan menyukainya sebagaimana sahabat-sahabatnya juga akan menyukainya.

13.  Kalau boleh  Anda jangan selalu mengharapkan suami Anda untuk memulakan  hubungan seks,  sekali-sekala biarlah Anda yang memulakannya lebih dulu, pada waktu yang sesuai.

14.  Di malam hari, jadilah seperti pengantin baru buat suami Anda, janganlah Anda terlena tidur lebih dulu dari suami, kecuali dalam suasana sangat perlu.

15.   Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebaikan dari suami Anda,  kebanyakan suami sentiasa sibuk dalam kerjayanya, memang suami mudah lupa  untuk menghargai kebaikan anda,  atau secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada Anda.

16.  Hendaknya berbuat sesuai dengan keadaan dan kemampuan kewangan yang ada dan jangan meminta sesuatu yang berlebihan dan mahal.

17.  Ketika suami Anda baru pulang dari perjalanan yang jauh dan lama ataupun agak jauh dari tempat kediaman anda, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahawa Anda sangat merindukan kedatangannya.

18.  Ingatlah selalu bahawa semasa suami ada dan kewujudan  suami adalah salah satu kemudahan mendekatkan diri Anda kepada Allah SWT.

19.  Pastikan Anda untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan Anda, sebagai tanda dan ucapan  kasih Anda menyambut suami tercinta.

20.   Ketika suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan Anda melakukannya dengan sempurna dan sepenuh hati,  jangan sampai Anda merasa enggan dan tidak bersemangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan