Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad
bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir:
Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
· Tempat lahir:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
· Pengasuh
pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)
· Ibu susu
pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu
kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘
diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa
pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa‘ (sebuah kampung yang
terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘
Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda
dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah
riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa
saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra,
negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di
kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam
peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad
SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke
Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW
bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin
baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar
melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan
semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW
diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat
asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu
di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke
Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke
Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti
Khuwailid
§ Saudah Binti
Zam ‘ ah
§ ‘ Aisyah Binti
Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘
Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah
Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti
Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti
Jahsy
§ Maimunah Binti
Harith
§ Safiyah Binti
Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti
Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH
SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH
SAW
Halah bin Hind bin
Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin
Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU
RASULULLAH SAW
IBU
SUSUAN
|
SAUDARA
SUSUAN
|
1.
Thuwaibah
|
1.
Hamzah
2.
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
|
1.
Halimah Al-Saidiyyah
|
1.
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3.
Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4.
‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
|
BAPA DAN IBU SAUDARA
RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama
asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu
Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu
kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***
*** Sempat masuk
Islam.
## Ulama ‘ berselisih
pendapat tentang Islamnya..
Sabda
Rasulullah SAW:
“Sesiapa
yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan
sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan