2. Semua perkara syubahat yang masih tidak jelas halal dan haramnya. Kerana melakukan perkara syubahat akan menjerumuskan seseorang ke dalam hal-hal yang haram. Di samping itu dengan meninggalkan hal-hal yang syubahat bererti seseorang telah menjaga agama dan kehormatannya.
Sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa menghindari perkara-perkara syubahat, maka ia telah memelihara agama dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara-perkara syubahat maka ia telah jatuh dalam perkara yang haram.”
(HR Bukhari dan Muslim).
(HR Bukhari dan Muslim).
3. Semua perkara yang makruh, iaitu perkara yang apabila seseorang meninggalkannya maka ia akan mendapatkan pahala meskipun jika melakukannya tidak berdosa. Sehingga sudah sepatutnya apabila seorang muslim meninggalkan hal-hal yang makruh agar mendapatkan pahala dan terjaga dari perkara yang diharamkan agama.
4. Perkara-perkara mubah yang berlebihan, kerana berlebih-lebihan dalam melakukan hal-hal yang mubah akan menjauhkan seseorang daripada Allah SWT, menyia-nyiakan waktu, mengesatkan hati, dan melalaikannya dari tugas dan kewajiban. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bila ia meninggalkan perkara-perkara mubah yang berlebihan dan membatasi diri pada hal-hal mubah yang mendatangkan manfaat serta merealisasikan berbagai kebaikan.
5. Hal-hal yang penting ketika harus melakukan yang lebih penting, hal-hal yang sunnah ketika harus melakukan yang wajib, dan hal-hal yang bersifat pelengkap ketika harus mewujudkan yang primer dan mendesak. Jadi, seorang muslim tidak boleh mendahulukan yang sunnah daripada yang wajib, melakukan yang penting dengan meninggalkan yang lebih penting, merealisasikan keperluan yang bersifat pelengkap dan mengabaikan yang primer dan mendesak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan