Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Julai 2012

B 5 EMPAT KEHORMATAN ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD




1- Nabi Adam A.S.  berkata, aku telah melakukan dosa tetapi taubatku telah hanya diterima oleh Allah SWT  semasa aku memohon keampunan dariNya di Mekah sahaja, sedangkan Umat Muhammad SAW boleh memohon keampunan dan bertaubat dimana-mana jua. 

2-Nabi Adam A.S berkata. ketika aku berbuat dosa, aku dalam keadaan berpakaian, Allah SWT menelanjangkan aku, sedangkan umat Muhammad SAW melakukan dosa dalam keadaan telanjang tetapi Allah tetap memberi mereka pakaian.  

3-Nabi Adam A.S. berkata, Allah memisahkan aku dan isteriku kerana aku melakukan dosa sedangkan umat Muhammad SAW yang melakukan dosa, Allah tidak pisahkan mereka kerana dosa mereka.  


4-Nabi Adam A.S berkata. aku telah melakukan dosa di syurga, maka Allah menghalauku dari syurga,walaupun aku telah bertaubat tetapi umat Muhammad SAW melakukan dosa di luar syurga dan bertaubat di luar syurga tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga apabila mereka bertaubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan