IBLIS
gentar dengan soalan Nabi Muhammad SAW ketika diarah bertemu baginda oleh Allah
SWT dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu
dijawab makhluk dilaknat itu: Amalan yang menyakiti iblis. Nabi Muhammad SAW
menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah SWT.
“Apa yang
kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak SOLAT?” Iblis
menjawab PANAS DAN GEMENTAR lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab:
“Sebab setiap seorang hamba BERSUJUD SEKALI kepada Allah dan Tuhan
MENGANGKATNYA SATU DARJAT.” Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku
BERPUASA, jika ia BERHAJI dan jika ia membaca al-Quran.” Iblis menjawab:
“TUBUHKU TERASA TERIKAT HINGGA IA BERBUKA, aku seperti orang gila dan aku
berasa meleleh laksana timah di atas api.” Apabila ditanya jika seseorang umat
Muhammad BERSEDEKAH, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan MEMBELAH
TUBUHNYA DENGAN GERGAJI. Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti
itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam SEDEKAH ADA EMPAT
KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah
itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam
musibah akan terhalau dari dirinya.” Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat
MEMATAHKAN PINGGANGMU?” Dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat MELELEHKAN TUBUHMU?” Dan dijawab:
“Taubat orang yang bertaubat.” Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau
MENAUNGI ANAK-ANAKMU DI MUSIM PANAS?” Dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”
Hadis nabi Riwayat
dan Sanadnya ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan