Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Julai 2012

B 3 TIGA KATEGORI MANUSIA.






Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahwa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

 Kategori Pertama

Golongan yang
hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah  kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi ” .
Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja,  kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mempersendakan sahaja.”
- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang
telah hilang pedoman, terumbang-ambing, aqidahnya telah celaru, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Kiamat  tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti  harian atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman materialistik walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang
menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam

FirmanNya:
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada permainan  dan bersenda gurau semuanya. Dan sungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya  (ilmu, perniagaan,pekerjaan,  kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada jalan Allah SWT , tidak ada sesaat pun untuk berpesta  maksiat  dengan kemudahan yang Allah berikan termasuk semua pancaindera yang ada pada kita.adalah milik Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan