Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 8 Julai 2012

A 109 CARA NAK BUANG SIFAT-SIFAT MAZMUNAH(KEJI)





Untuk menghilangkan sifat bakhil, mengikut padangan peribadi saya.
Paksa diri anda untuk bersedekah di Masjid-masjid dan lupakan sedekah tersebut dari memori anda. Tanamkan dalam jiwa anda bahawa sedekah tersebut telah berada di Syurga dan nilainya telah ALLAH SWT catatkan di Luh Mahfuz walaupun sedekah tersebut disalahgunakan oleh AJK masjid.

Untuk menghilangkan sifat hasad dengki, mengikut padangan peribadi saya.
Kita tidak boleh berdengki dengan orang lain kerana setiap kejayaan terdapat banyak dugaan dan setiap kejayaan di dunia tidak bererti akan berjaya di Akhirat.
Apa yang paling takut kejayaan tersebut tanpa keredhaan Allah SWT.

Kejayaan mereka yang takabbur, kejayaan kepada wanita cantik berpakaian seksi dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum ALLAH SWT adalah pelengkap kepada petugas-petugas di dalam Neraka ALLAH SWT nanti ( Jika tidak sempat bertaubat ).
Ingatlah di dalam neraka lengkap dengan petugas-petugasnya selain daripada Para Malaikat, mereka akan bertugas sebagaimana perbuatan mereka di dunia ini, kata Imam Al-Ghazali ” Cara kehidupan kita di dunia adalah membayangkan bagaimana cara kehidupan kita di Akhirat kelak “.

Di dalam Lubang Neraka ada staf-staf yang akan bertugas sesama mereka, bermula daripada PA sehingga maha raja dan para menteri serta lain-lain kelengkapan. Mereka akan menjalankan pentadbiran mereka di dalam azab Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.

Anda tidak perlu berdengki dengan sesiapa tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda tidak menyentuh maksiat yang ALLAH SWT larang. Sesungguhnya mereka yang melakukan jenayah dan maksiat adalah mereka yang telah ALLAH SWT pilih dari kalangan kita dan ingatlah ” Mereka adalah Insan Pilihan ALLAH SWT untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam Neraka ALLAH SWT ” kita tidak perlu berdengki kerana segala-galanya adalah pilihan dan penentuan ALLAH SWT.  

Jika anda ingin pahala, maka berdakwah kepada mereka. Jika mereka tidak terima dakwah anda, anda tetap memperolehi pahala.  Jika mereka terima dakwah dan tunjuk ajar anda, anda akan mendapat pahala berdakwah dan setiap amalan kebaikan yang akan mereka lakukan anda akan memperolehi pahala. Itu pun jika anda ingin berdakwah di Jalan ALLAH SWT.

Orang yang paling mulia disisi ALLAH SWT adalah mereka yang berdoa di saat sunyi daripada pandangan manusia untuk orang lain yang melakukan dosa terhadap dirinya. Oleh yang demikian sentiasa berdoa kepada Allah SWT, agar Allah SWT mengampuni dosa mereka yang merancang melakukan kejahatan kepada kita dan Ingatlah Allah SWT Maha Berkuasa dalam semua perkara. Sesungguhnya Pemerintahan Allah SWT adalah menyeluruh, semua pegawai yang bertugas di Kementerian-Kementerian adalah di bawah telunjuk Allah SWT, semua raja-raja di dunia akan dimatikan oleh Allah SWT bila-bila masa tanpa memerlukan rundingan daripada segala suruhanjaya.

Begitulah kekuasaan Allah SWT, Allah SWT mampu melakukan apa sahaja. Segala-galanya tiada nilai disisi Allah SWT kecuali Hati-Hati Yang Ikhlas Kepada Allah SWT pasti mendapat perhatian Allah SWT dan Allah SWT akan mengarah Para Malaikat mengawasi Hamba-HambaNya yang memiliki Kemurniaan Jiwa yang bergantung kepada Allah SWT.

Semoga anda memahami kedudukan kita disisi Allah SWT dan tidak perlu kita berdengki sesama manusia. Amin Ya Rabbal Alamin.
Itu sahaja yang dapat saya terangkan. Wallahhu A’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan