UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
1-Allah menyembunyikan keredhaan
dalam ketaatan. Allah tidak
menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan
kepadaNya supaya kita tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar
kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat sedikit kecacatan yang
kita tidak ketahui.
2-Allah menyembunyikan Kemurkaan di
atas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada
seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk
kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia, sedangkan sebenarnya
Allah Murka kepada kita. Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat
kepada Allah SWT.
3-Allah menyembunyikan
kedatangan malam Lailatul Qadar pada
tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja
dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah
menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang
hayatnya.
4-Allah menyembunyikan wali-wali
Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau
menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh
mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh
hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5-Allah menyembunyikan tarikh
kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak
melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat
kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan
lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada di bilik Akhir sebelum
dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara di luar
akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6-Allah menyembunyi solat kita yang
terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya
sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan
bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk
melakukan maksiat.
Begitulah luasnya rahsia disisi Allah
Yang Maha Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan