Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Julai 2012

B 10 SIAPAKAH ANJING-ANJING NERAKA?

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam  amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

• Bacalah Al-Qur’an

• Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.”

Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh jenis pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

1.    Hebat di dunia tapi tidak bernilai di akhirat.

Ini adalah orang yg tuhan berikan kelebihan di dunia seperti harta kekayaan & kemewahan, isteri cantik, pangkat besar dll tetapi malangnya tidak pandai bersyukur. Nikmat Islam tidak dihargai sebab cara hidupnya seperti orang fasiqun,munafiqun dan kafirun. akhirnya di akhirat nanti mereka akan jadi orang yg tidak bernilai dan sia-sia.

2.   Tidak bernilai di dunia, hebat di akhirat.

Di dunia mereka tersisih- tidak ada harta, tiada rupa tetapi mereka tidak lupa pd Allah- melakukan apa yang diperinyah  Allah, meninggalkan apa yang dilarang Allah. bersyukur dengan apa yang ada,  pasrah dan redha dengan hinaan dan kutukan. tunggu di akhirat nanti dgn rahmat Allah mereka jadi hebat. masa tu semua mahluk dan malaikat akan hormati mereka. untung2 mereka akan dimasukan kesyurga tanpa hisab.
3.    Hebat di dunia, hebat di akhirat

Biasanya orang sudah senang akan cepat lupa diri tapi adalah seorang dua dlm seribu yg tetap pertahan imannya. Lagi banyak mereka dapat-lagi banyak mereka sedekah / infak ke jalan Allah. tuhan uji mereka dgn harta dan pangkat, mereka gunakan dgn sebaiknya dan mengikut kehendak agama. diakhirat kelak Allah akan beri kehebatan yg setimpal dgn apa yg mereka lakukan di dunia.

4.    Tidak bernilai di dunia, tidak bernilai di akhirat.

Janganlah kita tergolong dalam golongan ni- ini kutu miskin yang merempat dan tidak ada pegangan agama. halal haram tolak ketepi. perangai umpma syaitan atau mungkin lebih dari itu. mereka adalah golongan yang muflis di akhirat kelak. Golongan ini adalah golongan yang tidak berguna.

5.    Golongan yang disebut di atas adalah bersamaan dgn 3 golongan yangg Allah telah perjelaskan dlm Al-Quran , Surah Al-Waqiah:-

a) Golongan as-sabiqun- golongan paling awal beriman kpd Allah & Rasul. Menginfak seluruh jiwa raga, harta benda dan tenaga ke jalan Allah. mereka adalah segolongan besar dizaman rasul & sahabat dan kurang di akhir zaman.

b) Golongan ashabul yamin- golongan yg menerima buku amalan dgn tangan kanan-segolongan besar di zaman dahulu dan segolongan besar di akhir zaman.
                                                                                                                             
c) Golongan ashabul syimal- golongan yg menerima buku amalan dgn tangan kiri-ramai dizaman dahulu, makin bertambah ramai di akhir zaman.

Oleh itu, pandai2lah kita membawa diri nak memasuki golongan mana-mengikut kelayakan kita. kalau rasa2 dalam golong no. 1 & 4…insaflah… banyaklah bertaubat… ikutlah apa yg Allah suruh, tinggallah kemungkaran. cuba2lah zikir ni sebagai amalan harian, biar hati kita jadi lembut.

“Tuhanku…aku tidak layak utk syurgaMu… tetapi aku tidak pulak sanggup menangggung seksa nerakaMu. dari itu kurniakan, ampunan kpd ku..ampunkan dosaku…sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar “.
Yang baik itu daripada Allah. .Wallahualam bissawab


Tiada ulasan:

Catat Ulasan