SAAD BIN HILAL BERKATA :
“Sesungguhnya bagi seorang hamba
yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat:
1-Rezekinya tidak akan hilang
darinya.
2-Kesihatan tidak akan hilang
darinya
3-Dosa tidak akan ditunjuk
kepadanya di dunia.
4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.
Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha
Mengasihani kepada hambanya.
Nota :
Wahai saudara-saudari, maksud
dari nikmat-nikmat tersebut adalah sebagai peringatan dari Allah SWT, yang
mana rezeki, nikmat kesihatan, balasan di dunia dan azab daripada
Allah SWt tidak akan datang kepada pelaku maksiat sekelip mata kerana Allah SWT
Maha Suci dari tidur dan lupa, sepatutnya pelaku maksiat tidak perlu
menunggu kedatangan azab Allah SWT baru bertaubat, kerana jika Taubat sebegini
adalah seburuk-buruk taubat dan tidak memberi apa-apa erti kepada Allah SWT.
Jika Allah SWT menerima taubatnya, dia tetap tidak layak menduduki Syurga
Firdaus kerana Syurga Firdaus hanya di diami mereka yang tidak pernah melakukan
dosa walaupun sebesar zarah.
Sementara
pelaku maksiat yang tidak pernah ditimpa azab dan kesusahan di dunia ini, pasti
mereka akan menerima azab sepenuhnya atau 100% dari Allah SWT
tanpa ada pengurangan sedikit pun di Akhirat kelak. Sudah pasti azabnya amatlah
dahsyat. Nikmat dan kesenangan hidup yang dia nikmati di dunia dahulu bukanlah
nikmat pada hakikatnya kerana Allah swt memberi nikmat dan kesenangan tersebut
tanpa redha tetapi nikmat tersebut diberi secara campak kepadanya dan di
dalam keadaan marah dan Murka daripada Allah SWT. Tanpa disedari oleh pelaku
maksiat tersebut, sebab itulah taubat yang dipersembahkan kepada Allah SWT
tidak diendahkan oleh Allah SWT, malah Allah SWT telah mentaqdirkan kepadanya
sebagai ahli atau penghuni tetap di dalam neraka, sebagaimana firaun dan
qorun. Nikmat kepada pelaku maksiat adalah dalam bentuk Istidraj, nikmat
yang Allah SWT berikan adalah sama taraf seperti untuk orang yang tidak beriman
kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan