1. Makan makanan yang baik iaitu makanan yang halal, bersih, suci dan berzat yang diperlukan oleh setiap tubuh badan manusia.
2. Udara dan Persekitaran yang bersih kerana Rasulullah SAW bersabda : “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman,” orang yang beriman sangat mementingkan kebersihan, kebersihan tubuh badan, pakaian dan minuman.
3. Kecergasan Jasmani, bagi mereka yang tidak bekerja menggunakan tulang empat kerat, hendaklah melakukan riadah yang mencukupi pada zaman Rasulullah SAW, umat Islam digalakkan menunggang kuda dan bermain pedang.
4. Amalan makanan yang baik, jangan makan terlalu banyak sehingga mendatangkan penyakit, Rasulullah SAW memberi peringatan berhenti makan sebelum kenyang dan jangan jadikan perut sebagai sarang penyakit.
5. Hindari dari meminum minuman yang memabukkan, Rasulullah SAW meriwayatkan ”Mabuk adalah punca segala kejahatan," kerana dalam keadaan mabuk biasanya manusia akan melakukan beberapa kejahatan tambahan iaitu berzina dan membunuh manusia, sedangkan dosa membunuh manusia adalah dosa besar selepas Syirik kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan