Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 11 Julai 2012

A 145 SEPULUH ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA





PENDAPAT ABU BAKAR AS-SIDDIQ:

1.   Sentiasa bersikap jujur dengan disertai hati yang bersifat Qannah

   ( rendah diri dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ).


2.   Sabar yang sempurna disertai dengan selalu bersyukur. Rasulullah bersabda: Iman yang paling Utama adalah sabar dan pemurah – H.R. Dailami.


3.   Sentiasa bersifat fakir dan zuhud kepada Allah SWT.


4.   Sentiasa berfikir kepada Allah berserta dengan perut yang kosong.


5.   Sentiasa bersedih disertai dengan sifat takut yang berterusan. Rasulullah SAW bersabda: Mencukupi bagi seseorang dengan ilmunya, bila ia takut kepada Allah dan mencukupilah bagi seseorang kebodohannya, bila dia berbangga dengan dirinya. H.R. Baihaqi.


6.   Sentiasa zuhud yang disertai dengan sifat Tawaduk.


7.   Sentiasa bersifat ramah yang disertai dengan kasih sayang.


8.   Sentiasa Cinta kepada Allah Azzawajal yang dihiasi dengan sifat malu.


9.   Memiliki ilmu yang bermanfaat yang disertai dengan amalan yang berterusan.

10. Sentiasa beriman dengan Allah SWT yang disertai dengan akal yang sempurna dan tetap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan