Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..
Kisah Rasulullah SAW
sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian
yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke
rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di
dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau
selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau
cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang
pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya
tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana
Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya
Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang
bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan
agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda
sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah
menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu
dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan
alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman
tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda
bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut
terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi
ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai
pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika
baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda
antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami
melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi
bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh
cemas.
Akhirnya Rasulullah
mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan
rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah
bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa
rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis,
miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan
bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda
membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan
lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang
tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri
Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah
kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari
yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah
terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah
tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh
Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak,
Jawab baginda dengan lunak,
‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Subhanallah sungguh
tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan