Oleh
:
Ust
Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Soalan
Ustaz,
Saya ada mendengar yang bahawa ustaz sangat banyak menekankan berkenaan riba
dan kepentingan bank Islam, malah ustaz juga dikatakan meminta agar isu ini
diberikan perhatian besar di samping isu-isu Islam yang lain, bolehkah ustaz
menjelaskan mengapa ustaz berpandangan demikian?
-
Anti Riba -
Jawapan
:
Terima
kasih atas soalan ini. Benar, saya sememangnya berkempen agar umat Islam
memerhatikan isu ini dengan lebih serius, tapi setakat ini, masih di
peringkat yang mendukacitakan kerana terlalu ramai para ustaz dan ustazah serta
ilmuan Islam agak kurang minat atau tidak mempunyai pengetahuan mendalam
tentangnya. Justeru, bidang ini seperti sunyi tanpa pejuang, sedangkan kesan
dari elemen haram dari harta juga adalah amat besar bagi Islam. Menurut
pengalaman saya ketika bertemu masyarakat di Malaysia dan Brunei. Terlalu ramai
umat Islam yang amat selalu tidak mengambil berat akan isu ini, serta amat
terperanjat dengan pendedahan yang dilakukan. Lalu bertimbun-timbunlah soalan
yang menghujani saya sehingga tidak cukup tangan untuk menjawabnya.
Benar,
saya amat kurang puashati terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu halal haram
di dalam urusan kewangan dan perbankan. Perlu diingat, dalam Islam, kesedaran
dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak
mencukupi; ia tidak berguna jika barangan halal itu dibeli dengan duit yang
haram, samada hasil riba, pelaburan yang haram atau harta curi, rasuah dan
pecah amanah serta lain-lain.
Secara
ringkas dan mudah, berikut adalah dalil-dalil yang menunjukkan betapa besarnya
dosa riba. Ramai yang sering marah-marah dengan rasuah, kronisme, amalan bidaah,
tahlil, kenduri arwah, makanan tiada logo halal, makanan yang terdapat unsur
bangkai dan babi dan lain-lain isu. Benar, saya amat menyokong dan hargai
sumbangan tidak ternilai mereka itu. Bagaimanapun, rasa terkilan apabila hampir
tiada atau amat kurang perbincangan bersungguh dan jelas dari pelbagai pihak
yang berkelayakan tadi dan ilmuan Islam lain khususnya bagi menerangkan dan
menyelamatkan umat Islam dari ‘virus' Riba yang amat berbahaya dengan lebih
luas dan serius.
Pandangan
Islam Tentang Riba
Imam
An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam
tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan
dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat
demikian adalah Imam Al-Mawardi."
(Rujuk
Al-Majmu', 9/391 )
Di
sini, saya sertakan beberapa nas al Quran dan al Hadith yang menerangkan
perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang
lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.
a) Pemakan dan Pemberi Riba
Perangi ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Ia
berdasarkan Firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA:
Ertinya
: "Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan tinggalkanlah saki
baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal
meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan ALLAH dan RasulNya"
(Al-Baqarah
: 278)
Dalam
ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk
meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan
berada dalam posisi peperangan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya. Ayat ini
menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar
menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas
tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.
Maaf
saya katakan, saya kenal ramai rakan-rakan dari kalangan individu yang
berpendidikan agama, pejuang sunnah yang tulen serta sentiasa menapis
hadis-hadis dan riwayat, pejuang Islam yang ingin menegakkan sebuah Negara
kebajikan Islam, pejuang sunnah yang kerap keluar berdakwah di jalan ALLAH
beberapa hari dan bulan, pejuang keadilan bagi rakyat dan pelbagai pejuang
lagi. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana ada di kalangan mereka yang tidak
endah terlibat dengan pinjaman kereta riba, rumah riba, kad kredit riba, simpanan
wang riba, insuran riba, pinjaman pelajaran univeristinya juga Riba.
Malah
yang lebih menyedihkan, terdapat juga yang menjadi peguam atau mempunyai firma
guaman sendiri, lalu mendrafkan dokumen-dokumen undang-undang bagi
produk-produk Riba di Bank konvensional dan pelabagai lagi. Bukankah NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda :
"Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan
yang menjadi saksinya."
(Riwayat
al-Bukhari dan Ibn Majah)
Termasuk
juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap
pinjaman riba (yang termasuk dari kalangan saksi riba).
Saya
sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat
dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup di kelilingi ‘virus'
Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku
sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang
kurang mengambil endah akan hal ini.
Ibn
Abbas ra di riwayatkan berkata :
Ertinya
: "Akan dikatakan
kepada pemakan riba di hari kiamat : Ambillah senjata kamu untuk berperang
dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA."
(Jami
al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur,
As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah
Abu Hanifah rh pula : "Inilah
ayat di dalam Al Quran yang paling menakutkan."
(Rujuk
At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam
Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya
: "Telahku membuka
lembaran-lembaran Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Sunnah NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk
dari Riba, kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang
ke atasnya."
(Al-Jami'
Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)
Berkata
Imam Qatadah rh : " ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh,
dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada."
(at-Tabari,
3/72 )
b) Kehilangan Berkat Harta dan
Kehidupan.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman :
Ertinya
: "ALLAH
menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedekah."
(
Al-Baqarah : 276 )
Kehilangan
berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Di
Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang
terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut
dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa,
sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang
yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk
melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan,
dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti
dirompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih
maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar
al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224).
Sabda
NABI
MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM daripada Ibn Mas'ud r.a :-
Ertinya
: "Sesungguhnya
Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa
kepada sedikit dan papa."
( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395
; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath
al-Bari, 4/399 )
Di
Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas ra :
Ertinya
: "Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan
harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya."
(Al-Jami'
li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair ,
ibid, 1/224)
c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa
Sendiri
Dosa
individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa
sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran
kejelasannya.
NABI
MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
Ertinya
: "Riba
mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki
berzina dengan ibunya."
(Ibn
Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan
Muslim)
d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
NABI
MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
Ertinya
: "Satu
dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia
mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali."
(Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar
Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan shahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij
Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
Hadis
ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya
dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka
kepada isu ini. Ramai juga bertanya saya tentang pelaburan FOREX melalui
internet yang menawarkan pulangan sebanyak 100 % atau 200 %. Perlu saya didedahkan
di sini, semuanya adalah Riba, dan FOREX ini tidak mematuhi disiplin pertukaran
wang menurut Islam, maka Riba berlaku dengan amat serius. Sekali lagi, saya
kerap dimaklumkan bahawa ramai umat Islam terlibat dalam pelaburan sepeti ini.
e) Salah satu dari Tujuh Dosa
Terbesar
Ia
berdasarkan hadith NABI
MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM :
Ertinya
: "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa
hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari
dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan
zina ( tanpa saksi adil)."
(
Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Demikianlah
dengan ringkas bagi saya menggambarkan betapa besarnya dosa yang terlibat
dengan riba ini. Justeru, segeralah mempelajarinya apa itu riba dengan serta
merta. Boleh layari http://www.zaharuddin.com/ bagi mendapatkan serba sedikit
jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan