Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Julai 2012

C 135 Kita Memerlukan Allah SWT-Jangan Kita Menolak Hukum Allah SWT

Tanamlah dalam jiwa kita sebagai seorang mukmin, bahawa kita tidak memiliki apa-apa, sehingga jiwa dan jasad kita milik Allah SWT.

 (Oleh kerana Allah swt menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Penyembahan kepada jawatan dan pangkat yang kamu bentuk sendiri,
penyembahan kepada wang dan harta…
Penyembahan dan tunduk kepada kehendak wanita dan nafsu….
pada hakikatnya membawa kepada SYIRIK kepada Allah SWT lalu  Allah SWT menjawab:

Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah Neraka dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

PENYEMBAHAN KEPADA ALLAH SWT ADALAH MENGIKUT SYARIAT BUKAN MENGIKUT HAWA NAFSU DAN PERKIRAAN AKAL MANUSIA

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi.

HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA  MENJADI BERGUNA DAN BERMANFAAT JIKA DILABURKAN UNTUK AKHIRAT DAN HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG PERLU KITA LABURKAN UNTUK DUNIA KERANA KEHIDUPAN DUNIA TIDAK BERNILAI WALAU SEPERTI SAYAP NYAMUK ATAU LALAT SEBAGAIMANA DALAM FIRMAN ALLAH SWT

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

TANAMKAN KEYAKINAN TENTANG REZEKI SEBAGAI MANA KALAM ALLAH SWT DI BAWAH:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

TANAMKAN DALAM JIWA KEUPAYAAN ALLAH ADALAH SEMUDAH FIRMANNYA:

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

HARAPAN DAN PERGANTUNGAN SEBENAR KEHIDUPAN KITA

Orang yang melakukan maksiat adalah orang yang lebih hebat daripada Allah SWT, malah tidak memerlukan pertolongan Allah SWT
Orang yang mukmin sentiasa berharap kepada Allah SWT di dunia dan Akhirat mereka tidak mampu meneruskan kehidupan melainkan dengan bantuan Allah SWT dalam firman Allah SWt telah terbukti:

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan