Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Julai 2012

C 130 Muhammad SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mempunyai akhlak yang terpuji

Oleh: Syekh Faragh Hady

 Di antara keistimewaan yang di miliki Muhammad SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah akhlaknya yang terpuji kepada kerabat dekat dan yang jauh, kepada teman dan musuh, inilah yang nampak darinya secara adil.

Beliau menyambut seseorang dengan penyambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, menghindari perkara-perkara yang tidak perlu.

Beliau mengajarkan umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus akhlaknya, beliau bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya.”

Bahkan beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan beliau nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya.

Beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di antara kalian dan yang paling dekat tempatnya dengan saya nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”

Akhlak Nabi Muhammad SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan beliau juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika beliau diminta untuk mendoakan orang-orang musyrik beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya saya tidak diutus sebagai pelaknat, tapi saya diutus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan