Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Julai 2012

C 147 Prinsip-Prinsip Ulama Salaf Dalam Berdakwah

1- Menjadikan al Quran dan sunnah sebagai pedoman hidup dalam segala perkara.

2- Memahami agama ini sesuai dengan pemahaman para sahabat terutama dalam masalah akidah…. 

3- Tidak menjadikan akal sebagai landasan utama dalam berakidah.

4- Sentiasa mengutamakan dakwah kepada tauhid ibadah (Seruan hanya Allah satu-satunya Zat yang berhak disembah).

5- Tidak berdebat kusir dengan ahli bidaah serta tidak bermajlis dan tidak menimba ilmu dari mereka.

6- Berantusias untuk menjaga persatuan kaum muslimin serta menyatukan mereka di atas al-Quran dan sunnah sesuai pemahaman salafush soleh.

7- Menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam bidang ibadah, akhlak dan dalam segala bidang kehidupan hingga merekapun terasing.

8- Tidak fanatik kecuali hanya kepada Al-Quran dan sunnah.

9- Memerintahkan kepada yang baik dan mencegah dari kemungkaran.

10- Membantah setiap yang menyelisihi syariat baik dia seorang muslim.

11- Membezakan antara ketergelinciran ulama ahli sunnah dengan kesesatan para dai-dai yang menyeru kepada bid’ah.

12- Selalu taat kepada pemimpin kaum muslimin selama dalam kebaikan, berdoa untuk mereka serta menasihati mereka dengan cara yang baik dan tidak memberontak atau mencaci-maki mereka.

13- Berdakwah dengan cara hikmah.

14- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agama yang bersumberkan kepada Al-Quran dan sunnah serta pemahaman salaf, sekaligus meyakini bahawa umat ini tidak akan menjadi jaya melainkan dengan ilmu tersebut.

15- Bersemangat dalam menjalankan Tashfiyah (membersihkan Islam dari kotoran-kotoran yang menempel kepadanya seperti syirik, bid’ah, hadis-hadis lemah dan lain sebagainya) dan Tarbiyah (mendidik umat di atas Islam yang murni terutama dalam bidang tauhid.



(Lihat perinciannya dalam kitab Irsyadul Barriyah ila Syar’iyyatil Intisab Lissalafiyyah oleh Abu Abdissalam Hasan bin Qosim Al-Husaini as-Salafi Hal. 30-58.)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan