Semasa di Padang Mahsyar semua insan akan
mementingkan dirinya sendiri tetapi Rasulullah SAW tidak lupa umatnya malah
Baginda bersedia memberi Syafaat pada umatnya yang mengikut jejaknya atau
sunnahnya, Baginda setia menunggu umatnya di tiga tempat yang amat penting di
Padang Mahsyar :
1. Rasulullah
SAW setia menunggu memberi syafaat kepada umatnya semasa manusia ditimbang
amalan mereka.
2. Rasulullah
SAW setia menunggu umatnya ketika manusia menerima buku catatan amalan dan
akan memberi syafaat kepada umatnya kurang amalan kebajikan.
3. Rasulullah
bersedia memimpin umatnya melalui titian Sirat Mustaqim dengan
selamat untuk ke Syurga, jika umatnya adalah umat yang benar-benar cinta kepada
Sunnahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan