Jika doa
orang hamba Allah bercinta atau berkasih sayang kerana Allah SWT, walaupun
seorang di sebelah timur dan seorang lagi di sebelah barat, Pasti Allah SWT akan mempertemukan keduanya pada hari Kiamat dan Allah SWT akan berseru dengan kataNya: Inilah Mereka yang bercinta keranaKu.
Lihatlah
Anugerah Allah Yang Maha Kaya kepada mereka yang bercinta kerana Allah…
kebanyakkan manusia sekarang rela berkorban kerana pangkat yang mereka ciptakan
sendiri seperti raja, tun dan tan sri atau kerana kecantikan perempuan
yang Allah ciptakan dari setitik air mani atau harta yang Allah SWT simpan di
perut bumi atau kerana pahala dan Syurga yang Allah SWT janjikan…
Tetapi Cinta Sejati adalah Cinta Kepada Allah SWT dengan Tidak meminta sesuatu pun dari Allah SWT walaupun satu pahala atau
sebuah mahligai di Syurga, tetapi terserah pada Allah SWT untuk
menganugerahinya kerana setiap pemberian Allah SWT tidak dapat dinilai
oleh semua makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wataala. Serahlah cinta kepada Allah SWT pasti Allah SWT dapat menunaikan semua kehendak kita tanpa batasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan