1
Bulan puasa telahpun tiba.
Pastinya semangat berpuasa sangat membara di kalangan umat Islam bukan sahaja
di Malaysia malah di seluruh dunia. Paling menyeronokkan apabila tiba waktu
berbuka. Semua juadah pasti ingin dicuba. Tapi ramai yang tidak merasa
keseronokan yang sama ketika bersahur. Kenapa? Mengapa?
MALASNYA
NAK BANGUN SAHUR?
2
Jawapan untuk persoalan ini
sangat mudah. Pesanan Rasulullah S.A.W
“Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan”
(Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
Pesanan ini sangat jelas
dan ringkas. Maka sepanjang bulan Ramadhan, kita perlu sentiasa berfikiran
positif sebelum tidur dan berniat untuk bangun sahur di setiap hari moga-moga
kita semua mendapat kurniaan nikmat dan keberkatan dari Allah swt.
KENAPA PERLU BERSAHUR?
Amalan bersahur adalah
penting semasa berpuasa untuk memastikan tenaga kita mencukupi untuk berpuasa
sepanjang hari. Bersahur diawal pagi boleh mengurangkan keletihan dan
kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Bersahur juga memastikan kita
dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan
seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. Sekiranya anda merancang
untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tidak mengambil sahur bukanlah
tindakan yang betul.
3
WAKTU MAKAN SAHUR YANG PALING IDEAL?
Waktu sahur yang paling baik adalah lebih kurang
½ jam sebelum masuk waktu imsak.
4
APA YANG
PERLU SAYA MAKAN?
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan
makan secara sihat untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan sihat
walaupun berpuasa.
Sahur yang sihat mestilah
mempunyai kriteria seperti berikut :
§ Mampu membekalkan tenaga sepanjang hari kita
berpuasa
§ Membekalkan khasiat yang seimbang
§ Memberikan air yang mencukupi untuk mengelakkan
penyahhidratan
Oleh yang demikian, Piramid
Makanan Malaysia masih perlu dijadikan panduan dalam pemilihan dan
mempelbagaikan jenis makanan. Ini kerana tiada ada satu
makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
Contoh
sahur anda
Menu
|
Berat (kalori)
|
1 cawan nasi
|
100 g (140 kcal)
|
1 cawan sup sayur
|
200 g (60 kcal)
|
1 ekor ikan goreng
|
60 g (160 kcal)
|
1 gelas susu rendah lemak
|
250 ml (130 kcal)
|
1 biji buah pisang
|
80 g (60 kcal)
|
1 gelas air kosong
|
250 ml (0 kcal)
|
Jumlah kalori
|
550 kcal
|
5
MAKANAN
TERBAIK SEMASA BERSAHUR?
Semasa bersahur, adalah
digalakkan mengambil makanan yang berasaskan KARBOHIDRAT KOMPLEKS seperti nasi, roti
dan oat. Memandangkan tempoh berpuasa yang
panjang (melebihi 10 jam), makanan yang lambat dihadam seperti makanan yang TINGGI KANDUNGAN SERAT adalah
digalakkan untuk mengurangkan rasa lapar. Contoh makanan yang tinggi kandungan
serat adalah roti tinggi serat atau roti mil penuh,
bijirin tinggi serat, biji-bijian, kekacang
dan sayur-sayuran. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula
dan lemak kerana ianya cepat dicerna dan menyebabkan kita cepat merasa lapar. BUAH-BUAHAN dan AIR yang juga perlu diambil dengan mencukupi sewaktu bersahur.
6
TAK
SEMPAT NAK MASAKLAH!
Inilah keluhan yang paling
kerap didengari. Disebabkan kesuntukan masa, kebiasaannya lebihan makanan
sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan semula sewaktu bersahur. Tidak dinafikan
amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu
yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Namun begitu,
adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan makanan yang segar dan baru
dimasak untuk bersahur. Ini kerana dikhuatiri lebihan makanan berbuka telah
tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah
pada suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat dimakan.
INGATLAH! Masakan
yang baru dan panas lebih menyelerakan dan meningkatkan keseronokan untuk
berpuasa!
7
TAK ADA
IDEA NAK MASAK APA NI?
Sekiranya anda hanya memikirkan menu yang ingin
dimasak setelah bangun di awal pagi pastinya ia sangat meletihkan, terutama
jika anda ibu yang berkerjaya. Rancanglah menu untuk bersahur bagi kitaran
seminggu. Ini akan memudahkan anda untuk merancang pembelian bahan masakan yang
ingin digunakan. Rancanglah menu sahur anda selewat-lewatnya sebelum anda tidur
dan siapkan bahan masakan terlebih dahulu, dan disimpan di dalam peti sejuk. Cara ini
akan meningkatkan proses penyediaan hidangan sahur pada keesokan harinya.
8
BOLEHKAH
MINUM KOPI / TEH KETIKA BERSAHUR?
Pengambilan teh atau kopi tidak digalakkan
kerana kandungan kafiena didalamnya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam
badan. Kafien boleh meninggalkan kesan diuretik iaitu menyebabkan kita kerap
membuang air kecil. Sekiranya anda ingin minum minuman berperisa, gantikan
dengan minuman bersusu yang rendah lemak, minuman bermalta ataupun jus
buah-buahan. Walau bagaimanapun, minumlah air kosong dengan banyak kerana ianya
merupakan pilihan yang terbaik.
9
BERSAHUR
CARA ORANG BUJANG?
Bagi kebanyakan orang
bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum masuk tidur terutama di penghujung
bulan Ramadhan. Mereka suka mengambil makanan lewat malam iaitu sebelum tidur
sebagai pengganti sahur. Makanan seperti burger dan mee
segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang
didapati, ringkas dan mudah disediakan. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak
dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya disebabkan
diambil terlalu awal dan tidak seimbang. Sekiranya makanan segera ingin diambil
untuk sahur, pastikan ianya seimbang iaitu dengan menambahkan sumber protein
seperti ayam dan telur serta sayur-sayuran ke dalam masakan tersebut.
Tukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat dan
tinggi kandungan serat. Sekiranya anda malas masak di awal pagi, simpan
pelbagai bijirin yang tinggi kandungan serat dan buah-buahan dirumah anda dan
jadikan makanan ini sebagai makanan sahur anda yang berkhasiat.
Contoh sahur
yang ringkas untuk anda !
Menu
|
Berat (kalori)
|
|
1 cawan bijirin sarapan
pagi
|
35 g (130 kcal)
|
|
1 gelas susu rendah lemak
|
250 ml (130 kcal)
|
|
1 biji pisang (dihiris)
|
60 g (60 kcal)
|
|
1 sudu makan kismis
|
20 g (60 kcal)
|
|
2 sudu makan walnut
|
20 g (130 kcal)
|
|
1 gelas air kosong
|
250 ml (0 kcal)
|
|
Jumlah kalori
|
510 kcal
|
10 SUSAHNYA ANAK NAK
BANGUN SAHUR!
Kebiasaannya anak-anak
bersemangat untuk bangun sahur pada minggu pertama bulan Ramadhan sahaja. Kian
lama berpuasa, semakin sukar untuk mengejut anak untuk bangun sahur. Bagi
mengatasi masalah ini, beberapa tip boleh dijadikan panduan:
§ Sediakan
masakan yang panas untuk bersahur yang pastinya lebih menyelerakan.
§ Masakkan makanan
kegemaran anak-anak. Tanya anak terlebih dahulu apa menu yang diinginkan semasa
bersahur.
§ Pelbagaikan
jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang hampir sama
setiap hari.
§ Elak menyediakan
masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan
sewaktu berpuasa di siang hari.
§ Sediakan masakan
berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.
§ Galakkan
anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan