Apabila kita menyebut
Ramadan, maka tidak boleh dipisahkan dari pelbagai jemputan berbuka puasa
sepanjang bulan ini. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan
makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang
digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan
merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa
lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memberi makan
orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang
berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut”
(Riwayat at-Tirmizi, Ibn
Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
Justeru itu golongan salaf begitu bersungguh-sungguh menjamu makan untuk orang yang berbuka puasa. Amalan ini juga, Alhamdulillah hidup dalam masyarakat kita hari ini.
Islam satu agama yang bertamadun. Ia mengajar kehalusan budi dan pekerti, termasuklah ketika waktu makan dan minum. Islam bukan sahaja memerintah kita memakan yang halal, Islam juga mengajar etika ketika makan. Maka, bulan puasa ketika kita berbuka puasa kita sebenarnya sedang menghayati amalan sunnah. Seperti mana puasa itu sunnah, berbuka (iftar juga) sunnah. Maka apabila sedang mengamalkan sunnah berbuka puasa seperti berbuka dengan rutab ataupun tamar, janganlah pula kita lupa adab-adab makan yang lain.
Antara adab makan yang
ditegaskan oleh Islam ialah memulakan dengan bismillah kemudian makan dan minum
dengan tangan kanan. Hal ini seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada
Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:
Wahai budak! Sebutlah nama
Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu.
( al-Bukhari dan Muslim).
Bismillah
Makanan yang kita makanan
adalah kurniaan Allah swt semata. Makanan boleh terhalang dari menjadi rezeki
kita bukan sahaja disebabkan kita tiada kemampuan membelinya, tetapi juga
mungkin disebabkan penyakit ataupun halangan yang lain. Betapa ramai
orang kaya yang tidak mampu makan sekalipun mampu membeli. Maka sebagai tanda
ingatan kita atas kurniaan Allah, maka sebutlah namaNYA ketika makan. Juga
bergantunglah segala harapan dan kekuatan dengan namaNYA apabila makan.
Justeru kita bismillah bererti ‘dengan nama Allah daku makan ataupun minum’.
Kita mengambil kekuatan dalam hidup ini daripadaNYA.
Tangan Kanan
Makan dengan tangan kanan
adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang
yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda
menyebut:
“Apabila seseorang kamu
makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan
tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”
(Riwayat Muslim).
Hadis ini hendaklah
difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya
dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh
Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara
makan.
Makan ataupun minum dengan
tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan
menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang
muslim.
Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini amalan syaitan.
Berdoa Untuk Pemberi Makanan
Sikap berterima kasih amatlah ditekankan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, dia tidak tahu
berterima kasih kepada Allah”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, bertaraf sahih).
Maka kita juga mesti demikian apabila mendapat jemputan. Kita
disunnahkan berdoa untuk pemberi makan dan berterima kasih kepadanya. Dalam
hadis “baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia
menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka
puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang
baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya
al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menilainya sahih).
Mengikut Kadar
Setiap perkara dalam Islam diajar agar kita mengambil dengan kadarnya. Demikianlah makan dan minum. Apatahlagi dalam bulan Ramadan yang selepas berbuka kita akan bersolat dan beribadah yang lain. Juga, menjadi adab di hadapan orang ramai dan dalam majlis makan untuk kita tidak menunjukkan sikap gelojoh dan tamak. Makan dan bersederhanalah bagi kadar makanan yang diambil. Sabda Nabi s.a.w :
Mengikut Kadar
Setiap perkara dalam Islam diajar agar kita mengambil dengan kadarnya. Demikianlah makan dan minum. Apatahlagi dalam bulan Ramadan yang selepas berbuka kita akan bersolat dan beribadah yang lain. Juga, menjadi adab di hadapan orang ramai dan dalam majlis makan untuk kita tidak menunjukkan sikap gelojoh dan tamak. Makan dan bersederhanalah bagi kadar makanan yang diambil. Sabda Nabi s.a.w :
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada
perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan
tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk
pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan
sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini
hasan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan