Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 26 Julai 2012

C 98 LIMA PULUH TUJUH Anugerah Allah Kepada Mereka Yang Bersedekah Dan Membayar Zakat

1 – Sebagai melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya.

2 –Menyucikan sifat Bakhil Yang Membinasakan.

3 – Sebagai Tanda memberi sokongan kepada perbuatan kebaikan dan bertakwa.

4 –Sedekah sebagai tanda atau bukti bahawa Pemberi Sedekah Telah mendapat Sinaran Cahaya Iman.

5 –Sedekah dan zakat adalah penyuci kepada jiwa.

6 –Bersedekah pasti mendapat anugerah yang berlimpah daripada Allah SWT.

7 –Sedekah dan zakat bukti kita mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.

8 –Sedekah dan zakat adalah pengampunan daripada dosa, menimbus segala kejahatan dan memadam api kesalahan.

9 –Mendapat Kesejahteraan dan menenangkan jiwa di Akhirat.

10 –Mencapai pingat daripada Allah SWT yang membawa Gelaran ” Perwira Kebajikan “.

11 –Berderma adalah di antara sifat orang-orang Muttaqin.

12 –Menyuburkan Akhlak Mulia dan Amalan-amalan Soleh.

13 –Tidak akan merasa takut di kala manusia menghadapi Hari Yang Maha Dahsyat.

14 –Membenteng harta, memelihara harta dan menguntungkan harta.

15 –Adalah Penawar kepada sebahagian penyakit yang Allah SWT ujikan.

16 –Penolak bala-bencana yang Allah SWT akan turunkan.

17 –Punca mendapat Kasih-Sayang di kalangan manusia.

18 –Allah akan memberi Taufik setelah membelanjakan harta pemberian Allah SWT.

19 –Allah melipat gandakan pahala di atas sedekah dan zakat.

20 –Zakat dan Sedekah mengurangkan sifat dengki dan marah kepada manusia.

21 –Sedekah yang dapat memberi infak kepada jalan kebajikan akan mendapat anugerah Allah SWT dengan gelaran : Pemilik Kemuliaan Dan Pemilik  Kelebihan.

22 –Derma dan Zakat akan mengundang Hujan daripada Allah SWT untuk menurunkan hujan. Jika  ada penghalang daripada membayar zakat maka Allah juga menghalang malaikat daripada menurunkan hujan.

23 –Bersedekah adalah punca Mendapat Syurga  dan punca akan terlepas azab neraka.

24 –Terselamat daripada seksaan Kubur.

25 –Akan berada di bawah bayangan Allah SWT dan bayangan SEDEKAH pada hari Qiamat.

26 –Layak mendapat pujian daripada Allah SWT.

27 –Sedekah akan menambah kepanjangkan umur kita.

28 –Adalah penawar kepada mati secara jahat.

29 –Punca kepada  Tawaduk, menghapuskan sifat Takbur, kemegahan, bangga diri dan riak,

30 –Memadam api kemarahan Allah  SWT.

31 –Punca Allah  menyayangi kita semua.

32 –Punca keselamatan  disebabkan  kekufuran nikmat Allah SWT.

33 –Membenteng atau menghalang  penderma daripada Api Neraka.

34 –Menutup 70  daripada pintu api Neraka,

35 –Punca mendapat doa daripada Para Malaikat.

36 –Punca doa dimakbulkan dan Allah menghalang daripada kesusahan.

37 –Punca rezeki diberi melimpah ruah.

38 –Punca mencapai kemenangan ke atas musuh.

39 –Punca terlepas daripada kesusahan.

40 –Sedekah dan zakat punca kepada segala kebaikan.

41 –Penderma kepada Mujahidin akan mendapat pahala seperti pahala mujahidin.

42 –Sedekah dapat  memudahkan ke jalan ketaaatan dan memudahkan urusan yang susah.


43 –Zakat dapat melepaskan pemberinya daripada kemusnahan dan bala sepanjang tahun.

44 –Mengeluarkan zakat dan derma  punca rezeki mendapat keberkatan kepada umurnya dan zuriatnya.

45 –Penderma kepada anak yatim akan mendiami Syurga bersama Rasulullah SAW.

46 –Sedekah akan mendapat layanan Allah SWT untuk makan dan minum di dalam Syurga.

47 –Sedekah jariah akan berterusan pahala walaupun selepas kematian.

48 –Derma masjid dunia akan mendapat Mahligai di dalam Syurga.

49 –Sedekah adalah akan mendapat tempahan bilik di dalam Syurga.

50 –Segala sedekah akan tetap kekal pahala, segala pemberian sedekah Allah akan menjaganya dengan baik.

51 –Akan menjadi petunjuk di saat menghadapi mati.

52 – Memulihkan ekonomi dan menyatukan kesatuan umat Islam.

53 –Penawar kepada hati keras.

54 –Melepaskan daripada belitan Ular Yang Allah ciptakan untuk menyeksa ahli neraka.

55 –Melepas seseorang hamba daripada bersifat dengan sifat Munafik.

56 –Mengeluarkan zakat dan sedekah akan menyakitkan syaitan.


57 – Mereka akan hidup di sisi Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan