Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman supaya
kamu beruntung.
Pertama: mereka yang bertaubat dari sifat-sifat
munafiq:
a)
Bertaubat daripada sifat malas melakukan solat.
142.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas
tipuan mereka[364]. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat
mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya[365] (dengan
shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali
sedikit sekali[366]. [0]
|
[364].
Maksudnya: Alah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka
dilayani sebagai melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan
neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu.[365]. Riya ialah:
melakukan sesuatu amal tidak untuk keridhaan Allah tetapi untuk mencari
pujian atau popularitas di masyarakat.
[366].
Maksudnya: mereka sembahyang hanyalah sekali-sekali saja, yaitu bila mereka
berada di hadapan orang.
|
b)Bertaubat
daripada terlalu sedikit berzikir kepada sentiasa berzikir kepada Allah SWT.
c)
Bertaubat daripada bercakap bohong.
d)Bertaubat
daripada mengingkari janji.
e)
Bertaubat daripada mengkhianati amanah
27. Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
(Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang
dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
Kedua: bertaubat daripada dosa-dosa tersembunyi.
Ketiga : Bertaubat daripada dosa-dosa lidah
Tidak bercakap terlalu banyak.
Tidak
bergurau melampai had.
Bertaubat
daripada bercakap dan berbual dengan mereka yang berbual kosong.
Keempat : Bertaubat daripada bercampur
dengan mereka yang melakukan maksiat.
Kelima : Bertaubat daripada menghabiskan masa
dengan perkara sia-sia yang jauh daripada mentaati perintah Allah SWT.
Keenam : Bertaubat daripada perbuatan
yang merosakkan serta membahayakan.
Ketujuh : Bertaubat daripada angan-angan yang
tidak betul dan hidup dalam khayalan.
Kelapan : Bertaubat daripada sifat malas dan
lembab.
1) Jangan kamu berkata, "aku malas."
2) Jangan kamu ragu-ragu dalam bertindak.
3) Jangan kamu melemahkan pergerakkan anda tetapi
jadikan anda sentiasa cergas dan aktif.
4) Kurangkan tidur, kerana banyak tidur boleh
mematikan hati.
5)Berdoalah dengan doa di atas.
Kesembilan : Bertaubat daripada meruntuhkan diri
sendiri. Kerana Allah SWT menjadikan kamu sebaik-baik kejadian.
Kesepuluh : Bertaubat daripada perasaan
dukacita.
87.
Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak berperang[653],
dan hati mereka telah dikunci mati maka mereka tidak mengetahui (kebahagiaan
beriman dan berjihad).
|
[653].
Maksudnya: wanita-wanita, anak-anak, orang-orang lemah, orang-orang yang
sakit dan orang-orang yang sudah tua.
|
77. Maka
Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka
menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah
mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga karena mereka selalu berdusta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan