Manusia
mesti melakukan dosa dan pasti memerlukan keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu
Allah swt memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan
mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa di samping bertaubat. Sebagiannya
dijelaskan dalam Al Quran dan sebahagian lagi dalam Sunnah Rasulullah SAW.
Di
antaranya sebagai berikut:
1. Menyempurnakan
wuduk dan berjalan ke masjid,
sebagaimana
disampaikan Rasulullah SAW:
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى
مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى
يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ
الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ
فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ
“Mahukah kamu sekalian aku
tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darjat. Mereka
menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: menyempurnakan wuduk ketika
masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke
solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan
Allah SWT)”
(HR Muslim dan Al
Tirmidzi).
Juga
dalam sabda Baginda yang lain:
إِذَا تَوَضَّأَ
الرَّجُلُ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَا يُخْرِجُهُ
أَوْ قَالَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا إِيَّاهَا لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ
اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
“Jika seseorang berwuduk lalu
menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat solat dengan niatkan hanya untuk
solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu derajat dan
hapus satu dosa”
(HR.
Al Tirmidzi).
2. Puasa pada hari Arafah dan Asyura :
dalilnya:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ
عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي
بَعْدَهُ وَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ
يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
“Nabi Bersabda: Puasa hari Arafah saya
berharap dari Allah untuk menghapus setahun yang sebelumnya dan setahun
setelahnya dan Puasa hari A’syura saya berharap dari Allah menghapus setahun
yang telah lalu”
(HR. At Tirmidzi dan di-shahih-kan Al Albani dalam Shahih Al
Jaami’ no. 3853)
3. Solat terawih di bulan Ramadhan,
dengan
dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ
إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Siapa yang menegakkan ramadhan (solat
tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang
telah lalu”
(Muttafaqun
‘Alaihi)
4. Haji yang mabrur,
dengan
dalil:
مَنْ حَجَّ فَلَمْ
يَرْفُثْ وَ لَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
“Siapa yang berhaji lalu tidak berkata
keji dan berbuat kefasikkan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya”
(HR.
Al Bukhari)
dan
sabda beliau:
الْحَجُّ الْمَبْرُورُ
لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
“Haji mabrur balasannya hanyalah
surga”
(HR.
Ahmad).
5. Memaafkan hutang orang yang
sukar membayar,
dengan
dalil:
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
أُتِيَ اللَّهُ بِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِهِ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَقَالَ لَهُ
مَاذَا عَمِلْتَ فِي الدُّنْيَا قَالَ يَا رَبِّ آتَيْتَنِي مَالَكَ فَكُنْتُ
أُبَايِعُ النَّاسَ وَكَانَ مِنْ خُلُقِي الْجَوَازُ فَكُنْتُ أَتَيَسَّرُ عَلَى
الْمُوسِرِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَقَالَ اللَّهُ أَنَا أَحَقُّ بِذَا مِنْكَ
تَجَاوَزُوا عَنْ عَبْدِي
“Dari
Hudzaifah beliau berkata Allah memanggil seorang hambaNya yang Allah karuniai
harta. Maka Allah berkata kepadanya: Apa yang kamu kerjakan didunia? Ia
menjawab: Wahai Rabb kamu telah menganugerahkanku hartaMu lalu aku bermuamalah
dengan orang-orang. Dan dahulu akhlakku adalah memaafkan, sehingga aku dahulu
mempermudah orang yang mampu dan menunda pembayaran hutang orang yang sulit
membayar. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak darimu maka maafkanlah hambaKu
ini”
(HR.
Muslim).
6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa,
dengan
dalil:
اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا
كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ
“Bertakwalah kepada Allah di manapun
kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli
manusia dengan etika yang mulia”
(HR
Al Tirmidzi dan Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)
7. Memberi salam dan berkata baik,
dengan
dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
إِنَّ كِمْ كُوْجِبَاتِ
الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلاَمِ وَ حُسْنُ الْكَلاَمِ
“Sesungguhnya termasuk sebab
mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik”
(HR
Al Kharaithi dalam Makarim Al Akhlak dan di-shahih-kan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shahihah, no. 1035)
8. Sabar di atas musibah yang menimpa,
dalil
sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ
وَجَلَّ يَقُولُ إِنِّي إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا
فَحَمِدَنِي عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ
كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنْ الْخَطَايَا
“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla
berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia
memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat
tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya”
(HR
Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).
9. Menjaga
solat lima waktu dan jumaat serta puasa Ramadhan,
dengan
dalil sabda Rasulullah:
الصلوات الخَمْسُ وَ الجُمْعَةُ
إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَان إِلَى رَمَضَان مُكَفِّرَاتُ مَا بَينَهُمَا إِذَا
اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
“Solat lima waktu dan jumaat ke jumaat
dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa di antara keduanya selama
menjauhi dosa besar”
(HR Muslim)
10. Mengumandangkan
azan,
dengan
dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
إِنَّ الْمُؤَذِّنَ
يُغْفَرُ لَهُ مَدَى صَوْتِهِ
“Seorang Muadzin diampuni dosanya
sepanjang (gema) suaranya”
(HR Ahmad dan
dishohihkan Al Albani dalam Shahih AL Jaami’ no. 1929)
11. Solat wajib,
dengan
dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ
نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ
ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ
يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا
“Bagaimana pendapat kalian seandainya
ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang
kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab: Tidak sisa
sedikitpun kotorannya. Beliau bersabda: solat lima waktu menjadi sebab Allah
hapus dosa-dosa”
(HR.
Al Bukhari).
12. Memperbanyakkan
sujud,
dengan
dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
عَلَيْكَ بَكَثْرَنِ
السُّجُوْدِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً
وَ حَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيْئَةً
“Hendaklah kamu memperbanyak sujud
kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah
mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)”
(HR Muslim).
13. Solat
malam atau Tahjjud dengan Qiamullail,
dengan
dalil:
عَلَيْكَ
بِقِيَامِ اللَيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ
لَكُم لإِلَى رَبِّكُمْ وَ مُكَفِّرَةٌ للسَّيْئَاتِ وَ مَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ
“Hendaklah kalian solat malam, kerana
ia adalah adat orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri
kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa”
(HR
Al Haakim, dan dihasankan Al Albani dalamIrwa’
Al Ghalil 2/199).
14. Berjihad
dijalan Allah,
dengan
dalil:
يُغْفَرُ للشَّهِيْدِ
كُلَّ ذَنْبٍ إلاَّ الدَّيْن
“Semua dosa orang yang mati syahid
diampuni kecuali hutang”
(HR Muslim)
15. Mengiringkan
haji dengan umrah,
dengan
dalil:
تَابِعُوْا بَيْنَ
الحَجِّ وَ الْعُمْرَةِ فَإِنَّ مُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِيْ الْفَقْرَ وَ
الذُّنُوْبِ كَمَا تَنْفِيْ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ
“Iringi haji dengan umrah, kerana
mengiringi antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana
Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi”
(HR
Ibnu Majah dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no,2899)
16. Sedekah,
dengan
dalil:
إِن تُبْدُوا
الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَآءَ فَهُوَ
خَيْرُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن
سَيِّئَاتِكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu),
maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan
kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah
akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(QS.
Al Baqarah: 271)
Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam pun
bersabda:
الصَّدَقَةُ تُطْفِىءُ
الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِىءُ الْمَاءُ النَّارَ
“Sedekah menghapus dosa seperti air
memadamkan api”
(HR
Ahmad, Al Tirmidzi dan selainnya dan di-shahih-kan Al Al Bani dalam Takhrij
Musykilat Al faqr no.
117)
17. Menegakkan
hukum hudud yang sesuai dengan syariat Islam,
dengan
dalil:
أَيُّمَا عَبْدٍ أَصَابَ
شَيْئَاً مَمَا نَهَى اللهُ عَنْهُ ثُمَّ أُقِيْمَ عَلَيْهِ حَدُّهُ كَفَرَ عَنْهُ
ذَلَكَ الذَّنْبُ
“Siapa saja yang melanggar larangan
Allah kemudian ditegakkan padanya hukum hudud maka dihapus dosa tersebut”
(HR Al Haakim dan
dishohihkan Al Albani dalamShahih
Al Jaami’ no,2732)
Sumber
Rujukan :
http://www.syabaabussunnah.co.cc/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan