Pada zaman sekarang, bersalaman tangan
antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina
itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap
kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah
yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang
tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta
ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk
didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan
sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat
tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu
saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.
Seandainya mereka melihat secara jernih
dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syarak tentu
mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan
berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan
dengan wanita”
(Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan
dengan wanita”
(Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan
Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi
beliau membai’at mereka dengan perkataan.”
(Hadis riwayat Muslim)
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.
Sumber: http://www.halaqah.net/
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya
satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan