Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Julai 2012

C 143 DUA BELAS Cara Membina Mahligai Di Dalam Syurga

1- Sesiapa membina  masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2- Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

3- Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah di dalam Syurga.

Hadis ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menderma dengan harta kekayaan, maka ianya masih berpeluang membina  Rumah di dalam Syurga dengan cara tersebut dalam hadis.

4- Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah swt membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5- Mereka yang memuji Allah SWT akan mendapat sebuah rumah di dalam Syurma-Ringkasan Hadis di atas.

6- Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah swt  membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.
Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah di tempat yang paling tinggi di dalam Syurga.

7- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

.8- Pembaca Al-Quran akan berada di dalam Syurga di akhir ayat yang dibacanya, setiap satu ayat pembaca Al-Quran akan dapat mendaki satu tingkat di dalam Syurga.

9- 
Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis -majlis agama.

10/روى أبو هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:{ إن العبد ليتكلم بالكلمة من رضوان الله لا يلقي لها بالاً يرفعه الله بها درجات في الجنة , وان العبد ليتكلم بالكلمة من سخط الله لا يلقي لها بالاً يهوي بها في جهنم }.


وقد روى عدي بن حاتم رضي الله عنه إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:{ اتقوا النار ولو بشق تمرة , فان لم تجدوا فبكلمة طيبة}

11- Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12- Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya.

Ringkasan hadis.
Nota: jika apa yang saya terjemahkan salah harap perbetulkan, sama-samalah kita berdakwah kepada Jalan Allah Yang Dipenuhi berkat yang tidak terhitung kualiti dan kuantiti.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan