Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 28 Julai 2012

D 22 DUA PULUH LIMA AMALAN MEMBAWA KE SYURGA

1 - Sesiapa bertemu dengan Allah swt tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..

2 - Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.

3- Sesiapa membina masjid  kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid di dalam syurga kelak.

4- Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.

5- Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia akan mendiami syurga.

6- Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.

7- Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.

8- Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.

9- Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.

10- Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.

11- Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.

12- Sesiapa mengakhiri hidupnya denga kalimah di atas pasti masuk Syurga.

13- Sesiapa membaca doa diatas dia akan memetik tamar di dalam syurga.

14- Sesiapa mati dan tidak memiliki sifat takbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka  masuk syurga.

15- Sesiapa berdoa dengan doa di atas pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga  serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.

16- Sesiapa  melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.

17- Sesiapa berdoa memohon  syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz di atas pasti masuk syurga.

18- sesiapa menziarahi pesakit, sama ada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik  dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.

19- Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.

20- Membenarkan agama Allah swt dan berjihad Di jalan Allah swt pasti masuk syurga.

21-Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.

22- Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa di antara dua umrah.

23- Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.

24- Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.

25- Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga.

Nota: Sila hantar komen, jika terdapat kesalahan atau penambahbaikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan