Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 26 Julai 2012

C 127 Tingkatan Solat Di Sisi Allah SWT kajian Ibnu Qayyum

1-Solat yang menzalimi diri sendiri - melakukan solat dalam keadaan wuduk yang tidak sempurna.

2-Solat dengan menjaga waktu solat, wuduk dengan sempurna tetapi tanpa kesungguhan, malah menghiasi dirinya dengan sifat malas dan menganggap solat satu bebanan serta dicampuri was-was atau gangguan syaitan.

3-Solat dengan kesungguhan dan tanpa was-was iaitu solat dengan wuduk sempurna, rukun solat yang lengkap, tidak dihiasi dengan keraguan kepada Allah SWT serta solat dengan penuh semangat.

4-Solat dengan penuh sempurna pada rukun, hakikat solat yang benar-benar kehambaan kepada Allah SWT, satu pengabdian dan perhambaan kepada allah SWT, hatinya bertauk dengan Allah SWT, Hatinya dipenuhi dan ditenggelami dengan kerinduan kepada Allah SWT, Solat adalah satu pertemuan INDAH dengannya Di Sisi ALLAH SWT.

5-Solat dengan  penuh pengertian, hati dan jasad bersembah di hadapan Allah SWT, Hatinya dapat melihat dan merasai pertemuan yang INDAH dengan ALLAH SWT, Allah sedang mengawasi solatnya, Allah membelainya dengan penuh perasaan kasih sayang, Allah memperlihatkan kepada segala hadiah yang telah dijanjikan dan dia mampu melihat hadiah-hadiah tersebut dalam solatnya, Inilah solat yang harga tidak boleh ditukar dengan nilai dunia dan langit sehingga Allah SWT  menilai dalam solatnya:

1.    Hadiah yang patut Allah persembahkan kepadanya.

2.    Allah sentiasa menilai gerak-geri hatinya dalam solat dan apa sahaja permintaan yang terlintas dalam hatinya Allah SWT akan menunaikannya.

3.    Allah SWT menghapus dosanya, hati dan jasadnya akan sentiasa bersinar kerana Allah sentiasa menyuci dan mengawal dari dihinggapi sesuatu yang kotor.

4.    Allah sentiasa bersedia membalas dan memberi permintaannnya.

5.    Allah SWT sentiasa merinduinya dan sentiasa dekat dengannya.

Yaa Allah terimalah solatku yang sentiasa disertai dengan syirik setiap hari dan saat, daku bertugas dengan majikan yang sentiasa tunduk kepada arahan syaitan, Dosa dan maksiat bagaikan gurauan…. daku memohon setitik rahmat agar selitkanlah pertemuan rohku dengan roh-roh mereka syahid di Afghanistan, Iraq, Palestin, Sudan, Yaman dan Negara-Negara yang didiami umat Islam agar daku dapat bersalaman dengan mereka.. sesungguhnya mereka insan mulia yang akan berbaris memasuki SyurgaMu, Wahai Tuhanku….





Tiada ulasan:

Catat Ulasan