1-Allah swt menganugerahkan agama dan Hidayah, ketahuilah
Allah swt menyintai kita.
2-Allah swt memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah swt
ingin mendengar suara dan rayuan
kita.
3- Allah swt hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah swt akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.
4-Allah swt memberi keredaan kepada kita, ketahuilah Allah swt telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.
5- Allah swt kurniakan kepadamu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.
6- Allah swt kuniakan kepadamu Ikhlas, Sesungguhnya Allah swt ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.
7- Allah swt memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah swt
kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan
syukur dan pujianmu kepadaNya.
8- Allah swt menganugerahkan sedih dan duka kepadamu, ketahuilah Allah swt cintakan kamu dan ingin menilai keimananmu.
9-Allah swt kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah swt menyintaimu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.
10-Allah swt beri kepadamu keadaan fakir, ketahuilah Allah swt cinta kepadamu dan telah memberi kepadamu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.
11-Allah swt menganugerahkan kepadamu lidah dan hati, ketahuilah
Allah swt menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan
12- Allah swt memberi kepadamu Solat, Puasa, Al Quran dan berjaga
malam. Ketahuilah Allah swt menyayangimu, Maka janganlah kamu tidak
memperendahnya atau mempermainkannya.. Tetapi beramallah
dengannya.
13- Allah swt menganugerahkan Islam kepadamu, ketahuilah Allah swt telah
menyayangi mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan