50 Ikatan Akidah Yang Wajib
Kita Percayai Ialah ;
1-20
Sifat Wajib Bagi Allah SWT.
2- 20
Sifat Mustahil Bagi Allah SWT.
3- 1
Sifat Harus Bagi Allah SWT.
4- 4
Sifat Wajib Bagi Rasulullah SAW.
5- 4
Sifat Mustahil Bagi Rasulullah SAW.
6- 1
Sifat Harus Bagi Rasulullah SAW.
Satu
sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah
iaitu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia
biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
Sifat-sifat Rasul dan Nabi
Ada 4
sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi.
Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.
1. Siddiq
maknanya Benar.
Apa yang
disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan
sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah
diwahyukan oleh Allah SWT.
Mustahil
Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan
sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya.
Firman
Allah bermaksud:
Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa
nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm:
3-4).
2. Sifat
yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH.
Amanah
ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah
dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga
Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku, siapkanlah tempatnya di dalam
api neraka."
(Bukhari,
Muslim )
Maka
mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.
3. Wajib
bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu
menyampaikan.
Rasul/Nabi
menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil
Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.
4- Wajib
bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana.
Rasul/Nabi
mampu memahami perintah-perintah Allah swt dengan betul dan
tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-penentangnya dengan bijaksana
dengan bukti-bukti yang kukuh .
Mustahil
Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.
Dan satu
sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu
untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia
biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
Sifat
harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah swt.
Harus
bagi Allah swt memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada
atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah swt menciptakan langit, bumi, matahari dan
yang lain dan harus juga bagi Allah swt untuk tidak menciptakannya. Tidak
wajib bagi Allah swt membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan
itu harus pada hak Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan