Rupa-rupanya Allah telah memberikan kita manusia berita dan maklumat tentang buah-buahan yang
terbaik di dunia ini.
Disebabkan kekurangan pengetahuan dan
lebih tepat lagi kekurangan membaca dan memahami Al Quran kita
ketinggalan ilmu penting ini.
Antara kekuatan buah-buahan yang
diceritakan dalam Al-Quran adalah:
· Buah
Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini
banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang
paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut
oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala
5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima,
anggur dan buah tin (fig).
Allah menceritakan akan khasiat buah
zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud “Dialah, yang telah
menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan
sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya).
Dia menumbuhkan
bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan
segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada
tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)
Kandungan asam linoleik yang terdapat
dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak.Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan
pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit.
Minyak zaitun juga sangat bagus dan
berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.
· Ad
Tin. Nabi Muhammad SAW
juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin),
sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah
dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum
diterokai sepenuhnya.
Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza
daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai
pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar
(laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Buah tin tidak mengandungi garam, lemak
dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi
seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin
mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.
Buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai
mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols’ yang tinggi
dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan.
Seperti yang semua sedia maklum
antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free
radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.
Secara keseluruhannya buah tin memberi
kelebihan tenaga, membantu meningkatkan
fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak
mampu mempunyai zuriat.
· Delima –
“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak
berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun
dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).
Makanlah dari buahnya yang
bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik
hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan.
Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
(al-An’aam [6]: 141) Ayat lain “Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat
buah-buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].
Delima, seperti yang disebutkan di dalam
Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari
mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan
vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium,
buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara
teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam
darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan
menguatkan jantung.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh
mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang
radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak
daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang
menjadi penawar ubat yang mujarab.
· Pisang.
Ayat Al Quran menceritakan: “Berada
di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang
bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang
tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak
terlarang mengambilnya.”
(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).
Pisang adalah buah yang kaya dengan
vitamin B6, ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%),
protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi karbohidrat dan
potassium dalam jumlah yang mencukupi.
Pisang sangat membantu dalam penyembuhan
banyak penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan,
kejang-kejang dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang berkesan
dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh alergi.
· Kurma.
Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang
berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang
bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.
Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman
itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian
itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah)
bagi kaum yang berfikir.”
Buah kurma mengandungi fruktosa dan
glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna.
Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman
pada jiwa.
Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat
bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang
menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah
ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.
Kurma segar memberikan manfaat besar
kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A,
B1, dan B2. Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat serta memberi
tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan,
sangat berguna untuk bersahur.
Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 “Lalu dengan air itu, Kami
tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu
memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu
makan.”
Anggur boleh menghilangkan rasa penat
untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan
besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan
menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem
pencernaan.
Anggur merangsang berfungsinya ginjal
dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan
air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.
Anggur juga menguatkan organ jantung,
befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan
kulit kerana anggur membersihkan darah.
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan