Keistimewaan sejarah
Rasulullah Saw.
Oleh: DR. Yahya Ibrahim
Yahya
Pertama: sejarah beliau
dikenal, tercatat dan sedikitpun tidak ada yang tersembunyi tentang beliau,
ulama islam tidak membiarkan satu babpun dari bab-bab mengenai sejarah
Rasulullah saw dalam perjalanan sejarah, kecuali mereka telah menyusunnya dalam
suatu susunan tersendiri, dan hal ini meliputi semua yang berkaitan tentang
Rasulullah saw. Sehingga seorang muslim yang membaca sejarah Rasulullah saw.
Seolah-seolah sezaman dengan beliau dan menyaksikannya, kerana lengkap dan
jelasnya mengenai sejarah beliau.
Kita akan mendapatkan
penjelasan mengenai hal ini ketika berbicara mengenai sumber-sumber sejarah
Rasulullah saw. Cukup anda mengetahui, bahawa jumlah kitab mengenai Sejarah
Rasulullah saw. Dalam bahasa Urdu (bahasa Baru) melebihi dari seribu kitab, dan
jumlah kitab dalam berbahasa eropah pada masa yang sama melebihi 1300 kitab.
Hal ini pada abad ke 13.
Kedua: Istimewa kerana sejarah
beliau dinukil atau dicatat dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab, telah
diadakan penelitian dengan cermat begitu juga perbandingan untuk lebih
menguatkan proses pengambilan sejarah sehingga boleh terungkap yang benar dan
yang keliru dari sejarah tersebut, disimpulkan bahawa sejarah yang paling benar
yang dinukil kepada kita adalah sejarah Rasulullah saw. Yang mulia.
Ketiga: Risalah Rasulullah
saw. Adalah umum, universal bagi seluruh makhluk, dan tetap kekal. sejarah
beliau adalah teladan bagi seluruh manusia, beliau menyamakan hak antara raja
dan rakyat biasa, orang dewasa maupun yang masih kecil boleh mengambil manfaat
dari sejarah beliau, mereka semua di dalam agama Allah Swt. Sama…
Keempat: Risalah yang universal
dan pilar dakwah, beliau bersabda: “Nabi (sebelum Muhammad Saw.) hanya diutus
kepada kaumnya saja, sementara saya diutus untuk seluruh manusia”. Setiap
manusia mencari contoh ideal yang boleh dijadikan tauladan baginya, dan tidak
akan ditemukan sejarah yang sempurna meliputi segala aspek kecuali sejarah
Rasulullah saw.
Agama manapun yang tidak
didasari dengan dua pilar, iaitu: hak-hak Allah swt dan hak-hak manusia,
tidak akan mungkin boleh menyelamatkan manusia dan membimbingnya kepada
kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaan yang sempurna.
Agama-agama sekarang
terbagi menjadi dua bagian:
1.
Agama yang tidak disebutkan nama Allah swt sedikitpun di dalamnya seperti
Hindu, Budha dan agama-agama orang china.
2.
Orang yang percaya mengenai keberadaan Allah Swt., akan tetapi manusia tidak
tahu bagaimana berkeyakinan terhadap Tuhannya? Dan dengan cara apa? Dan dengan
bentuk apa tercapai akidah terhadap Allah Swt?
Adapun mengenai hak-hak
manusia silahkan anda mencarinya pada agama-agama yang lain, apakah anda
menemukannya secara terperinci mengenai kehidupan berkeluarga dan hubungan
interaksi sosial, yang ada Cuma hubungan politik dan hubungan diplomasi antara
negara serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi, silahkan cari di dalam
sejarah para Nabi, para orang-orang hebat, apakah anda menemukan jawapan atas
kedua pilar tersebut??? Pasti anda tidak akan menemukan suatu jawapan dan hasil
yang memuaskan kecuali hanya di dalam agama Islam dan pada sejarah Rasulullah
saw.
Sejarah dan akhlak
Rasulullah saw.
Rasulullah saw. Tidak menghabiskan
waktunya dengan bercengkerama, bersenang-bersenang dengan para orang yang
disayanginya dan sahabat-sahabatnya, akan tetapi beliau menghabiskan umurnya
dengan melawan para musuhnya iaitu orang-orang musyrik…di akhir-akhir umurnya,
beliau bertetangga dengan yahudi dan orang-orang munafik, para orang yahudi dan
munafik tersebut tidak mampu untuk memfitnah Rasulullah saw. Yang dapat
mengurangi akhlaknya yang mulia dan sifat kejujurannya. Bagaimanapun usaha
keras yang mereka lakukan untuk hal tersebut. Penduduk Mekah memberinya gelar
yang buruk dan mengganti nama beliau dengan nama-nama yang buruk, akan tetapi
mereka tidak mampu melakukan fitnah atau mencela Rasulullah saw. Yang boleh
mengurangi akhlaknya yang mulia, atau untuk mengotori jiwanya yang bersih,
walaupun dengan menggalang usaha keras dengan mengorbankan harta dan jiwa
mereka untuk memusuhinya.
Allah Swt berfirman:
“Sesungguhnya,
Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu,
(janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan
kamu, akan tetapi orang-orang yang Zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”.
(QS.al An’aam ayat 33).
Kelima: sejarahnya mencakup
seluruh aspek kehidupan dengan jelas dan sempurna.
Rasulullah saw. Hidup di
antara sahabatnya dengan 9 isteri, dan memerintahkan yang hadir untuk
menyampaikan kepada yang tidak hadir, beliau bersabda:
“sampaikanlah dariku walaupun hanya
satu ayat”. (HR. Bukhary, 3274).,
beliau tidak melakukan
perjalanan sendirian atau menghindar dari orang banyak, para sahabat saling
tolong menolong untuk mengambil segala sesuatu dari beliau, bahkan beberapa
orang dari mereka mengkhusukan diri untuk hal tersebut dengan sentiasa berada
dekat beliau seperti Ahlu suffah.
Mereka mencontoh cara
berdiri Rasulullah saw., duduknya, bagaimana beliau tidur, gerak-geriknya,
senyumnya, tertawanya, bagaimana cara beliau mandi dan wudhuknya, bagaimana
cara beliau makan dan minum dan makanan apa yang beliau sukai, mereka
menggambarkan tubuh Rasulullah saw. Yang bersih sehingga seakan-akan anda
melihatnya. Sampai mereka menghitung jumlah uban di kepala Rasulullah saw. Dan
di janggutnya.
Inilah sekilas mengenai
kitab dari kitab-kitab sejarah Rasulullah Saw. Yang membuat anda kagum mengenai
sempurnanya sejarah beliau, dan ketelitian para ahli sejarah di dalam
menukilkan hal tersebut.
Keenam: secara umum sejarah
Rasulullah saw. Tidak melampaui kemampuan manusia biasa, sejarah beliau tidak
bersandar kepada hal-hal yang di luar kebiasaan manusia biasa, atau
pasal-pasalnya terdiri dari mukjizat-mukjizat yang berada di luar kemampuan
manusia biasa, bahkan mudah untuk mengenalnya dan mengaplikasikannya serta
meneladaninya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan