Daripada Jabir r.a, katanya dia
mendengar nabi s.a.w bersabda:
“Apabila ada di antara kamu yang tergoda
hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk
melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan
gejolak hatinya.”
Huraian
Rumah tangga orang beriman adalah
benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar
tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk
beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan
mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa
manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan
perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas
tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus
ke lembah perzinaan dan maksiat. Sebab itulah Islam memuliakan sebuah
perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang
maksudnya:
“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa
yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj.
Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa
adalah penahan (daripada gelojak nafsu).”
(Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan