Jarak di antara bumi dan matahari
sejauh 150 juta km.
Lihatlah keluasan dan kekuasaan
Allah SWT dalam alam ciptaanNya melalui sains, mampukah manusia melawan
kekuasaan Allah SWT?
Namun manusia yang berlandaskan nafsu
dan harta benda serta pangkat mampu melakukan maksiat sambil mencabar Allah SWT
dalam semua bidang, sehingga mereka mampu meninggalkan
Syariat Allah SWT begitu sahaja. Manusia berani melakukan maksiat, manusia
berani berzina dan minum arak, manusia berani memakai pangkat selain daripada
pangkat pemberian Allah SWT, manusia
berani menggunakan perlembagaan demokrasi dan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah. Begitulah jahilnya manusia dalam
mengenali kekuasaan dan kesempurnaan Allah SWT.
1. Semua
benda akan binasa selain dariapada Allah SWT dan sepuluh perkara.
2. Tidak
ada sesiapapun yang dapat mengetahui hakikat roh melainkan Allah SWT.
3. Mati
adalah satu kepastian yang akan datang menemui setiap makhluk ciptaan Allah SWT,
apabila tibanya masa arahan Allah SWT.
4. Malikil
Maut akan datang mengambil nyawa atau roh setiap makhluk.
5. Roh
yang keluar selepas kematian akan diberi nikmat atau akan diazab sehingga
datangnya hari kiamat, barulah roh akan dikembalikan kepada jasad masing-masing.
6. Seseorang
itu tidak akan mati kecuali setelah disempurnakan rezeki dan ajalnya sekalipun
ia dibunuh.
7. Semua
yang mati akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir tentang Tuhan, Agama
dan Nabi, melainkan Golongan Yang Mendapat Hak-Hak Keistimewaan daripada Allah
SWT.
8. Setiap
yang mati akan menerima balasan nikmat atau siksaan kubur mengiut amalan
masing-masing kecuali mereka yang sempat membaca Surah Al-Ikhlas sebelum
menghadapi kematian.
9. Semua
manusia akan dibangkitkan pada Hari Kiamat.
10. Manusia akan dihisabkan amalan mereka
kecuali mereka yang tergolong dalam golongan yang akan memasuki Syurga Tanpa
Hisab.
11. Segala amalan manusia akan ditimbang
dalam timbangan Mizan.
12. Semua manusia akan melalui Sirat
Mustakim untuk memasuki Syurga atau Neraka.
13. Semua orang Mukmin akan meminum
minuman dalam Kolam Rasululah SAW.
14. Sebahagian manusia akan mendapat
Syafaat, Syafaat paling besar adalah Syafaat yang diberikan untuk menyelesaikan
Hisab Amalan yang tidak dapat diselesaikan semasa kiraan sebelum memasuki
Syurga.
15. Neraka adalah benar dan telah ada
sekarang, ianya adalah tempat kediaman kekal untuk mereka yang kufur kepada
Allah SWT.
16. Syurga adalah benar dan telah ada
sekarang, ianya kediaman Abadi untuk Orang Mukmin yang mempercayai Keesaan
Allah SWT dan orang-orang Mukmin akan menikmati segala Nikmat yang Allah SWT
sediakan untuk mereka.
Kitab Faridah
Faraid, m/s : 56 & 57.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan