JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA SETIAP
DETIK YANG KITA ALAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TAKDIR KITA
Sesungguhnya Kami menciptakan segala
sesuatu menurut ukuran.
(Surah al-Qamar: 49)
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam
ayat di atas, setiap perkara ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Bagi
Allah swt yang hanya perlu memerintah “kun (jadilah)” dan terjadilah ia, tidak
hanya menentukan nasib manusia tetapi semua benda. Mereka yang benar-benar
yakin dengan kebenaran yang mutlak ini tanpa sebarang syarat tunduk pada takdir
yang Allah swt tentukan kepada mereka dengan hikmah yang tidak terbatas.
Ingatlah sama ada secara sukarela atau tidak, semuanya berada di bawah kuasa
Allah swt dan tunduk kepada-Nya.
Namun, manusia mempunyai banyak
pemahaman yang salah berkaitan nasib. Pemahaman ini, terutamanya timbul
daripada pelbagai pandangan sesat yang disuarakan tanpa memberi banyak
pandangan/ fikiran terhadap perkara itu. Tambahan pula, mereka mengabaikan
bahawa ini ialah sesuatu yang tidak disukai Allah swt. Mereka tidak menghindari
daripada menggunakan slogan-slogan, lirik, puisi yang mengandungi maksud
tersirat kepada penolakan takdir. Bukti kepada pemahaman yang salah ini seperti
“mengatasi takdir” atau “menukar takdir”. Mereka yang percaya kepada konsep ini
menganggap harapan dan aspirasi mereka sebagai takdir dan dalam kegagalan
mereka memahami bahawa itu adalah sekadar harapan, mereka mengganggap bahawa
takdirnya telah gagal dilaksanakan sebagaimana yang ditentukan dan malah takdir
itu telah ditukar. Pandangan yang tidak berasas itu adalah biasa di kalangan
mereka yang gagal memahami takdir.
Takdir adalah ciptaan Allah swt dan
pengetahuan yang tidak terbatas dari semua kejadian, baik masa lalu atau masa
hadapan. Allah swt menciptakan masa dan ruang daripada sifar, mengawalnya dan
Dia tidak terikat oleh masa dan ruang. Detik demi detik, setiap perkara halus
yang berlaku, sudah atau akan berlaku, telah ditentukan di sisi Allah swt.
Jangan sesekali lupa bahawa Allah swt
menciptakan masa dan Dia tidak terikat dengannya. Oleh itu, Dia tidak hanya melihat
apa yang berlaku dan menunggu untuk mengetahui akibat-akibatnya.
Pada pandangan-Nya, permulaan dan
penghabisan sesuatu peristiwa, dan kedudukan masing-masing pada garis masa,
sudah diketahui. Semuanya ditentukan dan terkandung di dalam takdir. Oleh itu,
manusia tidak mempunyai kuasa untuk merubahnya. Sebaliknya, takdirlah
penentu terhadap manusia. Setiap saat dalam hidupnya terikat di dalamnya. Bahkan seseorang tidak boleh melangkah
keluar daripada takdirnya apalagi mengubahnya. Hal ini adalah sama dengan situasi
seorang pelakon yang berada di luar video kaset dengan karaktor yang berbeza
untuk memotong atau menambah adegan di dalam filem itu yang mana dia adalah
pelakonnya. Situasi ini sememangnya tidak logik dan mustahil untuk difikirkan.
Jelas, ungkapan-ungkapan seperti
“mengatasi takdir” atau “mengubah takdir” hanyalah cakap-cakap kosong sahaja. Ingatlah, seseorang yang mengatakan
bahawa dia telah mengubah takdir sebenarnya mengatakan sesuatu dia sudah
ditakdirkan untuk menyatakannya.
Sebagai contoh, seorang pesakit tidak
mempunyai sedikit harapanpun untuk sembuh. Namun, apabila dia sembuh secara
tidak diduga tidak bermaksud yang dia telah mengatasi takdir, atau tidak pula
ia telah diubah oleh para doktor. Ia hanya menunjukkan bahawa waktu yang
ditentukan untuknya mati belum tiba. Seperti perkara lain, ini juga ditentukan
oleh Allah swt dan ia adalah sebahagian daripada takdir:
…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur
seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan
(sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu
bagi Allah adalah mudah.
(Surah Fatir: 11)
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati
melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya…
(Surah Al ‘Imran: 145)
Terikat dengan waktu dan ruang, ia
sangat sukar untuk kita memahami sepenuhnya takdir kerana Allah swt menciptakan
kita dan takdir kita dan Dia tidak terikat dengan apa-apa. Apa sahaja yang
berlaku kepada kita, percayalah bahawa Allah swt tidak terikat dengan masa atau
ruang.
Terdapat suatu lagi faktor yang kita
perlu ingat: Semua perkara
yang ditentukan oleh Allah swt adalah memberi untuk kebaikan agama dan
orang-orang yang beriman. Oleh
itu, seseorang yang beriman selalu menunjukkan kesediaan untuk menghadapi
perkara-perkara yang dilaluinya. Melupakan atau mengabaikan kenyataan bahawa
semua situasi adalah hidup kita ditentukan oleh Allah swt ialah suatu yang
sangat bahaya seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan.
Walau bagaimanapun, sama ada seseorang menerima kenyataan ini atau tidak, ia
tidak akan mengubah perkara yang telah ditakdirkan kepadanya; semua perkara
adalah ditentukan oleh takdir:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di
bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab
(Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)
Daripada ayat di atas jelas bahawa
setiap perkara yang berlaku kepada seseorang telah ditentukan oleh Allah swt.
Sama ada seseorang percaya atau tidak kenyataan ini, ia tidak akan merubah
kenyataan ini. Semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini termasuklah
kelahiran dan kematian seseorang berlaku dengan kehendak Allah swt pada masa
yang telah ditentukan-Nya, tidak sedetikpun awal atau lambat.
Dialah Yang menciptakan kami dari tanah,
sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang
ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendirilah
mengetahuinya)…
(Surah al-An’am: 2)
Oleh kerana tiada perkara yang berlaku
di atas muka bumi ini atau di dalam diri seseorang tanpa kehendak Allah swt,
maka kita perlu meletakkan kepercayaan kita kepada Allah swt. Di samping itu
juga, inilah yang kecenderungan manusia:
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan
menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah
Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakal.”
(Surah at-Tawba: 51)
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam
ayat ini
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan
mati. Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan (yang
sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah al-Anbiyaa: 35)
Allah swt menguji orang-orang yang
beriman dengan beberapa cara. Oleh itu, selain daripada perkara yang baik,
perkara yang buruk juga berlaku kepada orang-orang beriman. Walau bagaimanapun,
ingatlah, semua perkara yang diciptakan oleh Allah swt adalah yang terbaik:
…Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Baqara: 216)
Mereka yang beriman kepada Allah swt dan
mengikuti jalan-Nya akan sentiasa berasa selamat dan tenteram dengan mengikuti
takdir. Tiada apa yang menakutkan atau memberi tekanan kepada mereka yang
percaya kepada takdir. Allah swt akan memberikan kehidupan yang baik di dunia
dan di akhirat kepada hamba-Nya yang beriman dan akan menempatkan mereka di
bawah lindungan-Nya selagi mereka patuh kepada Allah swt. Walau bagaimanapun,
Allah swt tidak selalu menunjukkan kebaikan sesuatu perkara yang berlaku di
atas muka bumi ini. Tetapi sesuatu yang dilihat seperti buruk sebenarnya akan
membawa mereka mencapai ganjaran yang lebih baik di akhirat. Contohnya, orang
yang beriman tidak berasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya, malah dia
melihat penyakit itu sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.
Perkara yang paling penting untuk diingati ialah, Allah swt merancang segala
perkara untuk melindungi hamba-Nya yang sebenar supaya mereka boleh mendapat
ganjaran syurga.
Sesungguhnya pelindungku ialah Allah
yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dia melindungi oang-orang yang
soleh.
(Surah al-A’raf: 196)
Mereka yang tidak pernah lupa bahawa
terdapat hikmah dalam apa juga perkara yang berlaku ke atasnya, akan merasai
betapa dekatnya Allah swt di dalam setiap langkah yang diambilnya. Ke mana saja
mereka berada atau apa saja yang dilakukannya, mereka tidak pernah lupa bahawa
Allah swt mengetahuinya dengan baik sekali.
Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa
semua perkara lampau atau akan datang, dengan semua perinciannya, direkodkan
pada pandangan Allah swt, yang tiada perkara yang berlaku ke atas manusia
kecuali dengan kehendak Allah swt. Allah Maha Mengetahui tentang perbuatan
kita, di mana saja kita berada atau apa saja yang kita lakukan dan kita semua
terikat dengan takdir yang telah ditentukan kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan