Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 5 Ogos 2012

F 11 MUKJIZAT DARI HADIS (JANGAN MARAH)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawasanya salah seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

أوصنى قال : لا تغضب فردد مراراً قال لا تغضب .رواه البخارى

"Berilah wasiat kepadaku.” Nabi bersabda: "Jangan marah." Maka beliau mengulang berkali-kali: "Jangan marah."
(HR. al-Bukhari rahimahullah)

Terbukti secara ilmiah bahawa kemarahan sebagai salah satu bentuk emosi kejiwaan, memiliki pengaruh yang besar pada jantung orang yang marah. Dan reaksi dari kemarahan itu membuat jumlah detak jantung meningkat berkali lipat dalam satu minit. Maka dengan hal itu meningkatlah jumlah darah yang dipam oleh jantung atau yang keluar dari jantung menuju pembuluh-pembuluh darah. Dengan demikian semakin terbebani kerana dia dipaksa untuk meningkatkan pekerjaannya melebihi batasan yang telah menjadi kebiasaannya, atau pada kondisi kondisi tertentu. Hanya saja pembebanan terhadap kerja jantung yang disebabkan kerana lari tidak akan berlangsung lama, kerana seseorang perlu menghentikan larinya kalau dia mahu, adapun pembebanan jantung yang disebabkan kerana marah, maka seseorang tidak mampu mengawal dirinya apabila sedang marah, lebih-lebih kalau dia sudah terbiasa marah dan sifat tersebut sudah bertaup kukuh dalam dirinya.

Dan telah terbukti bahawa orang-orang yang terbiasa marah, dia akan terkena tekanan darah tinggi dan neraca darah yang diperlukan naik melebihi keperluan normal, yang mana jantungnya dipaksa untuk mengepam darah yang lebih banyak melebihi keperluan, sebagaimana urat nadi yang sangat halus akan mengeras dinding-dindingnya, dan hilang fleksibilitinya dan kemampuannya untuk melebar supaya mampu untuk memudahkan mengalirnya darah dalam jumlah besar tersebut yang keluar dari jantungnya orang yang emosi.

Oleh kerana itu, ketika seseorang marah tekanan darahnya akan naik, ini berbeza dengan kesan psikologi dan sosial yang ditimbulkan kerana kemarahan dalam hubungan antara manusia dan yang terpisah dari ikatan-ikatan antara manusia. Dan yang penting untuk disebutkan di sini adalah bahawa para ilmuwan dahulu meyakini bahawa kemarahan yang jelas/terang-terangan tidak berbahaya dan hanya kemarahan yang terpendam saja yang berpotensi menimbulkan banyak penyakit. Akan tetapi penelitian Amerika baru-baru ini menyuguhkan penafsiran baru tentang kesan kedua jenis kemarahan ini, yang kesimpulannya bahawa terpendam atau tidak sebuah kemarahan tetap akan mendatangkan bahaya bagi kesihatan, walaupun berbeza tingkatannya. Adapun dalam keadaan marah yang terpendam apabila dilakukan berulang-ulang maka kemungkinan akan menimbulkan tekanan darah tinggi dan terkadang boleh menyebabkan kanser. Adapun kemarahan yang terang-terangan dan diulang-ulang, maka hal itu mungkin akan membahayakan pembuluh-pembuluh darah jantung, dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan jantung.
Wallahu Taala A’lam.
(Sumber: ” الإعجاز العلمى في الإسلام والسنة النبوية “ dengan terjemahan secara ringkas oleh Abu Yusuf Sujono)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan