Di dalam hadits dikatakan bahawa
pahala solat berjamaah adalah 27 kali dibandingkan dengan solat sendiri. Banyak
orang Islam berhitung secara kuantitatif seolah-olah dengan melakukan solat
berjamaah maka ia akan menabung pahala sebanyak 27 kali. Demikian juga ketika
di dalam hadis dikatakan bahawa solat di Masjidil Haram akan dilipatgandakan
pahalanya sebanyak seratus ribu kali lipat. Luar biasa.
Saya peribadi memahami masalah ini dari sisi kepemimpinan dan persatuan Islam. Solat berjamaah bererti berkelompok dengan panduan seorang imam. Apa yang dilakukan imam akan diikuti oleh makmumnya, kecuali imam salah. Semua makmum harus berbaris dengan shaf yang teratur dan lurus. Semua mengikuti arah Imam, betapa kuatnya organisasi ini. Siapa yang dapat mematahkan shaf yang kukuh? Sayang makna dari keuntungan solat berjamaah luput dimengerti oleh umat Islam! Salah satu kunci keberhasilan dakwah di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah persatuan. Salah satu cara menumbuhkan persatuan tersebut adalah dengan solat berjamaah. Kecintaan mereka, disiplin dan keikhlasan mereka dalam menunaikan solat berjamaah telah menumbuhkan semangat persatuan dan keberanian yang tinggi di antara mereka. Di sisi lain hubungan silaturrahim yang penuh kasih sayang semangat erat terjalin di antara mereka. Sehingga gambaran umat Islam yang bagaikan dua jari dieratkan benar-benar nampak di zaman itu.
Dalam hal disiplin dan kecintaan mereka dalam solat berjamaah kita dapati di dalam salah satu riwayat bahawa seorang sahabat yang sudah uzur dan tuna netra setiap hari beliau solat berjamaah ke masjid walaupun jaraknya tidak boleh dibilang dekat, diceritakan bahawa sahabat tersebut meminta keringanan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk beliau khusus untuk solat subuh solat di rumah saja. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengizinkan, tetapi baru beberapa langkah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM meralat bahawa sahabat tersebut tetap menunaikan solat berjamaah di Masjid. Betapa tingginya semangat dan disiplin yang terbentuk waktu itu. Boleh kita bayangkan seandainya di Masjid Istiqlal, setiap umat Islam yang berada di dalam radius beberapa kilometer dari Masjid - menunaikan ibadah solat berjamaah di Masjid lima kali sehari - masjid tersebut mungkin tidak akan mampu menampung, dan kitapun boleh membayangkan nampak persatuan, kecintaan dan kebaikan akan lebih terbentuk di dalam masyarakat. Dan lebih luas lagi musuh-musuh Islam yang melihat tentu akan gentar melihat persatuan Islam yang terbentuk dari hal yang paling mendasar sekali.
Contoh dalam hal ini adalah di Perancis, Islam yang dari sisi prosentase sebenarnya masih jauh dibandingkan dengan masyarakat asli yang beragama non Muslim, tetapi Islam yang sedikit tersebut sudah menjadikannya sebagai 'ancaman' bagi eksistensi umat Kristiani di sana. Betapa tidak kita menyaksikan bahawa setiap ibadah solat toko-toko di sana sampai tutup kerana orang-orang Islam yang harus solat di jalan-jalan dan trotoar, kerana tidak tercukupinya Masjid untuk menampung umat Islam yang semakin bertambah. Ketakutan itu seharusnya memang tidak perlu dirisaukan, kerana semakin soleh dan taatnya seseorang pada agama dan bentuk-bentuk peribadatan, tentu hal itu akan membawa seseorang akan semakin soleh secara sosial, kerana itu adalah tuntutan pasti dari Islam. Sehingga kesan tersebut akan terasa di kalangan masyarakat Perancis sendiri. Tetapi walau bagaimanapun kita pun mengerti ketakutan mereka jika kita membandingkannya dengan tindakan-tindakan terorisme yang dilakukan oleh 'oknum-oknum' muslim. Jadi Solat berjamaah adalah hal yang harus selalu kita perhatikan, tidak sekadar kita menganggap untuk kepentingan peribadi kita, tidak sekadar untuk memenuhi masjid tetapi lebih dari itu adalah kita harus menumbuhkan persatuan Islam, persatuan dalam bermasyarakat dan persatuan dalam beragama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan